Zooey Deschanel punya bakat nan variasi dan seorang wanita yang punya personaliti menarik. Zooey Deschanel bukan hanya pelakon bahkan seorang penulis lirik lagu, produser malah penyanyi yang hebat.
Malah, pelakon ini memulakan kolaborasi pertama dengan Tommy Hilfiger bagi mereka dan memasarkan koleksi gaun pendek ala 60-an yang mula dipasarkan di butik Macy bulan ini. Menurut Hilfiger, koleksi untuk musim bunga ini dipanggil To Tommy, From Zooey, mempunyai 16 inspirasi gaun pendek ala 60-an dengan ciri-ciri yang menarik dan fabrik genit berharga lingkungan US98 hingga US199. Menurut Deschanel, dia selesa berurusan dengan Tommy Hilfiger kerana mempunyai cita rasa yang sama dalam dunia fesyen dan stail vintaj.
“Saya adalah seorang yang fanatik dengan fesyen dan saya sentiasa mencari ilham baru dalam menyuai padankan stail vintaj dan feminin ke dalam almari baju saya.”
Jom lihat kronologi fesyen karpet merah pilihan pelakon yang hebat dalam filem romantik 500 Days of Summer.
Tahun 2009 – Dress oleh Naem Khan di Tayangan Perdana 500 Days of Summer
2011 – Dress hitam putih oleh Monique Lhuillier di Emmy Awards
2011 – Gaun merah jambu oleh Moschino ketika menghadiri Tayangan Perdana Our Idiot Brother
2012 – Gaun yang menjadi perhatian ketikan menghadiri Golden Globe Awards ini dari Prada
2012 – Manis sekali dress dari Oscar De La Renta di Espy Awards
2013 – Dress oleh Oscar De La Renta ketika hadiri Golden Globe Awards
2013 – Lain sekali Zooey tanpa fringe. Dress oleh Tommy Hifiger ketika menghadiri Met Gala
2013 – Dress oleh Valentino di 2013 Vanity Fair Oscar Party
2014 – My favourite! Dress oleh Oscar De La Renta di Golden Globe Awards
2014 – Zooey mengenakan dress dari Oscar De La Renta ketika menghadiri Vanity Fair Oscar Party.