Perkhidmatan rangkaian sosial LinkedIn berorientasikan bisnes LinkedIn pernah menyenaraikan Google sebagai senarai teratas syarikat yang paling diingini oleh para graduan Amerika Syarikat dan Kanada untuk membina kerjaya mereka. Senarai ini dikuti oleh Apple , amazon.com dan Facebook di tempat keempat. (Sumber)
Di Malaysia, untuk pertama kalinya , syarikat yang menjadi idaman siswazah telah didedahkan. survei 100 Majikan Paling Ideal Malaysia yang dijalankan oleh Universum ini tekah meletakkan Petronas sebagai sebagai syarikat yang paling menjadi idaman para siswazah Malaysia yang belajar dalam jurusan perniagaan, kejuruteraan, dan sains semulajadi. Manakala pelajar jurusan kemanusiaan pula menjadikan Google sebagai majikan pilihan mereka. (Sumber)
Jika anda adalah antara yang tergolong bekerja dalam syarikat yang disenaraikan, kami kira anda adalah individu yang bertuah dan jika anda ingin mengembangkan kerjaya ke tahap lebih baik, mungkin anda sudah mula boleh mensasarkan “destinasi” anda berdasarkan senarai ini.
Berikut adalah senarai 10 syarikat yang menduduki tangga teratas sebagai majikan idaman untuk para pelajar Malaysia mengikut jurusan pelajar.
Perniagaan
1. PETRONAS
2. Bank Negara Malaysia
3. Google
4. AirAsia
5. Malaysia Airlines
6. Sime Darby
7. Lembaga Tabung Haji
8. Maybank
9. CIMB Group
10. Bursa Malaysia
Kejuruteraan
1. PETRONAS
2. Shell
3. Sime Darby
4. Schlumberger
5. Google
6. SapuraKencana Petroleum
7. ExxonMobil
8. Malaysia Airlines
9. Intel
10. Microsoft
Kemanusiaan
1. Google
2. Astro
3. Malaysia Airlines
4. PETRONAS
5. Karangkraf
6. Sime Darby
7. Lembaga Tabung Haji
8. Bank Negara Malaysia
9. RTM
10. Samsung
Sains Semulajadi
1. PETRONAS
2. Sime Darby
3. Shell
4. Nestle
5. Bank Negara Malaysia
6. Google
7. Lembaga Tabung Haji
8. Schlumberger
9. Dutch Lady
10. Malaysia Airlines
Untuk melihat senarai penuh 100 syarikat yang disenaraikan, anda boleh klik di sini.