Di sebalik kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 yang sedang berlangsung di negara Brazil, tahukah anda sebenarnya situasi sebenar di negara tersebut sebenarnya sedang hiruk pikuk. Menurut laporan media -media asing, rakyat negara tersebut berdemonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan mereka dan merasakan penganjuran acara 4 tahun sekali itu sebagai tidak perlu memandangkan keperluan rakyat seperti perubatan dan pendidikan tidak dipenuhi.
Antara yang tertulis di banner yang dibawa oleh mereka yang berdemonstrasi adalah ” We don’t need the world cup. We need money for hospitals and education” ( Kami tidak perlukan piala dunia, kami perlukan wang untuk hospital dan pendidikan) dan juga It Doesn’t make sense to be the soccer country if there’s no health and education . ( Tak masuk akal untuk menjadi negara bola sepak jika tidak ada kesihatan dan pendidikan) .
Golongan anti -Piala Dunia ini juga kelihatan marah dengan penganjuran acara tersebut dan membawa banner bertulis “ Dont come to the world cup” ( Jangan datang ke piala dunia) dan “FIFA go home” ( FIFA pergi balik) .
Kebanyakan yang menyertai demonstrasi tersebut adalah golongan pertengahan , dilaporkan juga masalah sosial ni negara tersebut seperti pelacuran berada pada tahap membimbangkan dan perlu dibendung.
Betul lah kata orang, ketika ada yang bergembira tentu ada yang berduka. Tidak semuanya indah bukan?