Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Unik & Anggun! 7 Fesyen Karpet Merah Aktres Kristen Stewart

by IamLisa
June 16, 2014
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

kristen-stewart-600

Semua mengenalinya melalui watak Bella Swan dalam filem trilogi, The Twilight Saga. Hubungan cintanya dengan Robert Pattinson malah skandal bersama pengarah filem Snow White and the Hunstman, Rupert Sanders menjadikan wanita ini hangat di Hollywood. Kristen Stewart juga merupakan wajah bagi rumah fesyen mewah Chanel dan Balenciaga, tersenarai antara selebriti muda dengan bayaran tertinggi tahun lepas. 

Kristen Stewart dilahirkan pada tahun 1990 di Los Angeles, mempunyai latar belakang bidang seni apabila bapanya merupakan pengurus pentas dan produser television in saluran Fox. Manakala, ibunya pula merupakan penulis skrip dan pernah mengarah filem jadi tidak hairanlah wanita ini hebat di kaca perak. Boleh dikatakan pelakon ini mempunyai signature untuk gaya lakonannya iaitu sentiasa kelihatan steamy ataupun stone bila berdialog. 

Kenapa Kristen dipilih sebagai wajah label mewah Chanel dan Balenciaga, ramai mengatakan pelakon ini mempunyai paras rupa yang elegan, klasik dan sofistikated, menjadikannya sungguh istimewa. Bila bicara tentang fesyen, Kristen sering dikritik ketika muncul di karpet mewah, sikap dan lagaknya yang awkward mengenakan tumit tinggi malah pemilihan fesyen juga diperkatakan. 

Walaubagaimanapun, fesyen karpet merah Kristen ketika mengenakan gaun nude lace oleh Zuhair Murad menarik perhatian kami. Dengan solekan wajah dan gincu rona maroon sememangnya stunning dan gorgeous. 

Screen Shot 2014-06-15 at 2.30.10 PM

Kristen Stewart hit karpet merah 2014 Cannes Film Festival ketika mempromosikan filem barunya, Clouds of Sils Maria dengan mengenakan busana rompers dari Chanel Spring 2014 Couture. Unik dan tersendiri!

Screen Shot 2014-06-15 at 2.25.34 PM

Sekali lagi Kristen dilihat ultraglam dengan gaun gold sequin ketika movie premier Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2. Tidak terkecuali peep-toe red-bottom booties oleh Christian Louboutin menyempurnakan lagi penampilannya pada malam itu. 

Screen Shot 2014-06-15 at 2.29.16 PM

Chic and sexy! Kristen mengenakan floral bodycon dress oleh Zuhair Murad Couture dengan tumit tinggi dari Jimmy Choo di 2012 Toronto International Film Festiva. Dilengkapkan lagi dengan dandanan rambut lurus panjang berserta solekan segar di wajahnya. 

Screen Shot 2014-06-15 at 2.27.19 PM

Pelik tapi unik. Fesyen Kristen menarik perhatian ramai apabila mengenakan dress lengan panjang yang mempunyai sulaman sequin oleh Chanel Spring/Summer 2014 Haute Couture Collection ketika menghadiri 2014 Met Gala. Apa kata anda tentang pilihan fesyen Kristen ini?

Screen Shot 2014-06-15 at 2.28.16 PM

Colorblocking. Walaupun dipilih sebagai Glamour UK‘s ‘Best Dressed’ tetapi masih ramai yang memperkatakan tentang pilihan fesyen Kristen ketika menghadiri 2012 Met Ball. Kristen rocks high fashion dengan mengenakan dress dari Balenciaga Fall 2012. Ditambah lagi dengan dandanan rambut long, wavy, brunette dan messy, memang cukup seksi. 

Screen Shot 2014-06-15 at 2.26.42 PM

Segar dan forever young penampilan Kristen di 2012 Kids Choice Awards. Wanita ini memilih lace and crepe blue mini dress oleh Stella McCartney, dengan sepasang tumit tinggi dari rona yang sama oleh Barbara Bui.

Screen Shot 2014-06-15 at 2.25.02 PM

Tags: fesyen karpet merahfesyen kristen stewartKristen Stewartred carpetUnik & Anggun! 7 Fesyen Karpet Merah Aktres Kristen Stewart
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.