Jika anda selalu rasa cemburu dengan kecantikan dan penampilan anggun selebriti ketika melewati karpet merah, kami ada pendapat daripada pakar yang bertanggungjawab menampilkan mereka sesempurna itu dan pendapat beliau ini mungkin akan buat anda berpijak ke bumi yang nyata semula.
Menurut makeup artist Nick Barose, mekap yang diapplikasikan pada selebriti ketika melalui karpet merah sama sekali tidak sesuai dijadikan sebagai mekap harian malah anda mungkin akan tampil buruk dan bukannya cantik dengan mekap setebal itu. Real-life makeup dan photo-shoot makeup adalah dua perkara yang berbeza.
Mekap sebenarnya ‘berkerjasama’ dengan cahaya . Untuk mekap pengkonturan (shading) wajah misalnya, ketika photo-shoot, pencahayaan adalah dalam keadaan terkawal. Berbeza dengan cahaya semulajadi dan lampu biasa yang berubah sepanjang hari.
Makanya, anda tidak boleh pandang ringan terhadap kuasa pencahayaan dalam menentukan penampilan dan keadaan rupa paras anda. Sebenarnya wajah tanpa mekap juga boleh tampil sempurna di bawah pencahayaan yang baik . Wajah yang hanya dipakaikan krim pelembap akan nampak cantik di bawah cahaya semulajai yang datang dari luar tingkap tapi akan nampak tidak menyerlah di bawah lampu neon.
Dalam kehidupan sebenar, teknik mekap pengkonturan wajah adalah terlalu dramatik. Mekap seperti itu hanya akan membuat anda nampak cantik di bawah pengcahayaan yang betul sahaja. Jadi sebelum bermekap, pastikan anda tahu situasi, lokasi dan acara yang ingin dihadiri. Ingat , cahaya adalah kunci untuk mekap dan rupa paras yang menyerlah!