Masihkah anda ingin dengan Vince, Mawi, Stacy, Syahid, Hafiz? Mereka adalah Juara Program realiti televisyen nyanyian Akademi Fantasia (AF) yang mula diterbitkan pada 2003. Program ini telah bertukar format dan juga dihentikan buat seketika kerana ada yang beranggapan artis AF ini tidak pergi ke mana-mana.
Namun begitu Akademi Fantasia musim baru bakal diterbitkan semula tetapi akan menggunakan konsep asal. Menurut pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, biarpun menggunakan konsep asal namun pengisian program tersebut akan diperkenalkan dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran zaman.
Menurut beliau lagi, sepanjang penerbitan AF pelbagai eksperimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini. Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama diMalaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam industri hiburan.
Pada 13 Januari 2011, Astro pernah mengumumkan bahawa musim kesembilan merupakan musim terakhir bagi Akademi Fantasia. Akademi Fantasia telah berhenti bersiaran selama lebih dari setahun.
Pada Mei 2013, pihak Astro telah mengumumkan bahawa Akademi Fantasia akan kembali pada 2013. Akadami Fantasia kembali pada 2013 dengan format baru untuk mengikut faktor terkini dan semasa. Selain itu, Akademi Fantasia 2013 adalah serba baru dan tak pernah dibuat dalam mana-mana musim AF sebelum ini.
Pihak produksi akan mengadakan uji bakat di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun).
Pihak Astro juga turut mengadakan sesi uji bakat untuk laluan pantas secara dalam talian dengan peserta memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014.