Sempena menyambut ulang tahun pertama produk Sulwhasoo di Malaysia, jenama itu menawarkan pelanggan dengan Special 1st Anniversary Starter Pack dengan hanya RM250 (bernilai RM410). Pek permulaan terdiri daripada First Care Activating Serum (60ml), First Care Activating Serum (8ml), Essential Balancing Water (15ml), Essential Balancing Emulsion (15ml), Concentrated Ginseng Renewing Cream (5ml) dan Sulwhasoo’s 1st Anniversary Pouch.
First Care Activating Serum adalah langkah pertama dan rejimen penjagaan kulit penting. Ia adalah serum yang untuk meningkatkan hasil penjagaan kulit yang optimum selain menambahkan semula kelembapan dan nutrien yang penting.
Pek permulaan ini boleh didapati di semua kaunter Sulwhasoo di seluruh negara bermula dari 15 Julai 2014.