Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Dirogol 38 Lelaki Secara Bergilir-gilir, Kes rogol Ditahap Membimbangkan!

by Wanista Newsdesk
May 28, 2014
7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
kes rogol malaysia
Gambar hiasan : pardaphash.com

Kes 1 – Gadis 14 Tahun Dirogol Bergilir-gillir oleh 38 Lelaki

Kejadian rogol yang dilaporkan oleh media dilihat semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Terbaru, umum digemparkan dengan berita seorang gadis yang baru berusia 14 tahun dan seorang lagi rakannya dirogol oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali berjumlah 38 orang. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusian !

Kejadian yang berlaku di Ketereh, Kelantan itu bermula apabila mangsa meminta kawannya yang berada di Guchil , Kuala Krai untuk mengambilnya di Kerteh. Rakannya kemudian telah meminta bantuan seorang rakan lelakinya untuk berbuat demikian.

Rakan lelaki yang mengambil mereka dari Kerteh tersebut kemudian membawa kedua mangsa ke satu rumah kosong dengan alasan untuk berehat.

Malang buat dua gadis tersebut, sekumpulan 38 lelaki kemudiannya datang dan bertindak merogol mereka secara bergilir-gilir. Mangsa hanya sedar keesokan harinya selepas pengsan akibat dirogol bergilir-gilir dan telah mengalami kesakitan berterusan di bahagian sulitnya.

Kejadian berlaku pada tarikh 20 Mei . Mangsa yang takut kejadian tersebut diketahui oleh ibubapanya tidak terus pulang ke rumah sebaliknya tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei dan hanya pulang ke rumah pada 25 Mei. Selepas pulang, mangsa  dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan didapati alat sulitnya masih berdarah.  Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis .

Kes masih disiasat dan polis telah berjaya menahan 2 daripada perogol tersebut dan masih mencari 36 perogol yang lain.

Kes 2 – Pengantin Baru Dirogol Bergilir 3 Lelaki Asing

Dalam satu lagi kejadian berlaku di Kota Kinabalu, seoarang gadis yang baru sahaja dua bulan melangsungkan perkahwinan telah dirogol bergilir-gilir dipercayai dilakukan oleh tiga warga Indonesia. 

Kejadian berlaku semasa mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke sungai berhampiran rumahnya untuk membuang air besar kerana tandas di rumahnya rosak.

Selepas itu beliau telah ditarik oleh tiga suspek tersebut ke dalam ladang sawit dan telah dirogol bergilir-gilir.

Mangsa  kemudiannya memberitahu suaminya berkenaan kejadian tersebut beberapa hari kemudian dan mereka telah membuat laporan polis dan mangsa juga telah dihantar ke ke Hospital Kinabantangan untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Kes 3 – Pelajar 13 tahun Dirogol Teman Lelaki Facebook

Kerana terlalu percaya pada teman lelaki yang hanya dikenali melalui Facebook selama 2 minggu, seorang gadis 13 tahun telah dirogol pada pertemuan mereka kali kedua.

Suspek yang berusia 18 tahun telah mengajak gadis berkenaan bertemu selepas selesai sesi persekolahan dan telah menawarkan untuk menghantar mangsa pulang. Suspek kemudiannya mengajak mangsa naik ke atas satu bangunan dan kemudiannya memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks.

Mangsa pada mulanya menolak tapi akhirnya terpaksa bersetuju setelah didesak berkali-kali

Kejadian tersebut kemudiannya diketahui oleh ibu mangsa dan mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan laporan polis turut dibuat.

Sumber : Berita Harian Online, Harian Metro, Berita TV3 , New Straits Times & The Star Online

Tags: Dirogol 38 Lelaki Secara Bergilir-gilirgadis 13 tahun dirogol teman lelaki facebookkes pengantin baru dirogol di kota kinabaluKes rogol Ditahap Membimbangkan!
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.