Sebagai peminat bola sepak semestinya anda tidak mahu ketinggalan perlawanan bola sepak Piala Dunia. Terima Kasih pada Google kerana anda mampu mendapatkan maklumat terkini bagi setiap perlawanan dan pemain.
Saksikan apa yang terkini dengan Google Trends
Google Trends akan menunjukkan berapa banyak satu-satu perkara itu dicari melalui Google untuk tempoh tertentu dan dari negara tertentu. Boleh mula melayari http://www.google.com/trends
Jawapan pantas dengan carian Google
Contohnya, anda ingin mengetahui bila tarikh dan masa perlawanan seterusnya untuk pasukan Sepanyol. Tidak perlu mencari dari laman web yang lain, hanya melalui Google sahaja. Pelajarinya di www.google.com/insidesearch/features/search/knowledge.html
Kekal teratur dengan Google Calendar
Google Calendar merupakan cara mudah untuk menyusun kerja-kerja anda selain membantu menguruskan pelan perlawanan bola sepak juga. Dapatkan Google Calendar di https://www.google.com/calendar/
Dapatkan berita terkini dengan Google Alerts
Google Alerts adalah email maklumat termini berkaitan Google (web, berita, dsb) mengikut apa yang diinginkan anda. Pelajari lebih di http://www.google.com/alerts
Google Now – Maklumat dihujung jari
Google Now memberikan maklumat tepat pada waktu yang sesuai. Ini sangat berguna kerana Google Now memberikan maklumat mengenai keadaan sekeliling. Ketahui bagaimana di http://www.google.com/landing/now
Google Translate
Jangan bimbang jika anda tidak memahami sesuatu bahasa, Google Translate membolehkan anda bercakap, menulis atau mengambil gambar bahasa tertentu untuk diterjemahkan. Mula gunakannya di http://www.google.com/translate
Google+Hangouts
Anda kini berada Brazil menyaksikan perlawanan Piala Dunia, tetapi ingin berkongsi pengalaman dengan keluarga dan kawan-kawan di Malaysia? Mudah sahaja, hanya bercakap dan berinteraksi dengan mereka di Google Hangouts sahaja. Ketahui lebih lanjut di http://www.google.com/+/learnmore/hangouts/
Youtube
Ingin mengetahui penjelasan Undang-Undang 11 dalam bola sepak atau isyarat digunakan pengadil perlawanan? Dapatkan penjelasan penuh di youtube. Ketahuinya melalui https://www.youtube.com
Teroka Brazil dengan Google Maps
Jika anda antara mereka yang bernasib baik berpeluang ke Brazil bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung, jangan lupa Google Maps di dalam telefon anda. Layari http://www.google.com/mobile/maps/