Sebelum ini kami telah berkongsi dengan anda maklumat mengenai Mega Bazaar 2014 yang merupakana bazaar terbesar di Malaysia anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd. Dah nama pun Mega Bazaar, jadi jumlah boothnya juga berskala mega apabila lebih daripada 1000 booth yang menjual pelbagai produk daripada pakaian hinggalah kepada makanan di bawah satu bumbung!
MEGA BAZAAR 2014
Tarikh : 21 & 22 Jun 2014 ( Sabtu dan Ahad )
Masa : 9 pagi hingga 10 malam
Tempat : Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor
Lebih menariknya, acara yang tinggal kurang sebulan ini sudah mendapat penyertaan lebih 900 orang yang menjadi vendor dan menyewa booth di situ selama dua hari dan bermakna, hanya tinggal 100 booth sahaja bagi mereka yang ingin menyertai bazaar ini. Awalnya macam tidak percaya, tapi itulah hakikatnya apabila kesemua peniaga online berebut-rebut mendapatkan ruang niaga di Mega Bazaar 2014 ini. Dalam masa seminggu selepas Sidang Media Mega Bazaar 2014, lebih 500 booth sudah ditempah. Ini kerana harga yang mereka tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga iaitu sekitar beberapa ratus sahaja.
Dapatkan Baju Raya Terkini Di Mega Bazaar
Lagipun acara itu akan diadakan seminggu sebelum puasa, dan sudah semestinya anda boleh membeli dan melihat fesyen terkini baju raya yang bakal dijual di sana. Sudah semestinya harga yang ditawarkan lebih berpatutan dan anda sendiri dapat mencuba pakaian di situ kelak. Penulis pun bakal berkunjung ke acara bazaar terbesar di Malaysia ini dan tidak sabar untuk melihat apa yang bakal ditawarkan oleh vendor.
Selebriti Turut Hadir
Lebih 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen dan ramai lagi akan turut memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini dengan membuka gerai masing-masing.
Berminat Untuk Menjadi Vendor?
Jika anda sendiri berminat untuk membuka booth di Mega Bazaar ini nanti, pihak Eh Eh Bazaar Sdn Bhd juga berbesar hati mengundang kesemua usahawan yang menjalankan perniagaan secara online untuk menyertai acara ini yang lengkap dengan kumudahan seperti penghawa dingin, meja dan kerusi, kemudahan meletakkan kenderaan dan tram pengangkutan . Selain boleh mengembangkan perniagaan, peiaga juga boleh bersua muka dan bertemu sendiri dengan pelanggan secara berhadapan.
Untuk yang berminat boleh menghubungi nombor 012- 292 0131 untuk keterangan lanjut.