Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Gambar Zizan Razak Bantu Lancar Kempen Bigger Break Drive Kit Kat Chunky

by Aida Sue
May 12, 2014
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Picture 1

Pelanggan di sebuah pasar raya besar tempatan di Bandar Kinrara baru-baru ini terperanjat tatkala singgah di gerai pameran promosi Kit Kat dan bertembung dengan Raja Lawak Zizan Razak, yang sedang mempromosi kempen Bigger Break Drive oleh Kit Kat Chunky. Zizan, yang hadir di situ sebagai pekerja promosi produk untuk sehari, sedang membantu Kit Kat Chunky menyebarkan kepentingan waktu rehat di tempat kerja dan cuti dalam erti kata sebenar untuk manfaat kesihatan jangka panjang dan peningkatan produktiviti di tempat kerja.

Picture 3

Picture 2

Kajian Pekerjaan Di Malaysia

Kajian menunjukkan satu pertiga rakyat Malaysia menghabiskan masa di tempat kerja melebihi waktu kerja lazim 8 jam setiap hari kerana mengejar tarikh akhir dan memenuhi permintaan majikan. Umumnya, kita telah sedia maklum bahawa kerja yang berpanjangan tanpa rehat yang mencukupi boleh menjejaskan kesihatan dan produktiviti keseluruhan di tempat kerja. Di samping itu, sebilangan besar rakyat Malaysia iaitu 91% memeriksa e-mel dan mel suara mereka ketika bercuti dan 80% pula memastikan telefon bimbit mereka sentiasa terpasang ketika berehat atau bercuti supaya mudah dihubungi oleh majikan jika diperlukan.

kitkat-draft2bm (1)

Rehat yang berbaloi dengan Kit Kat

Di samping penampilan istimewa Zizan, kempen Bigger Break Drive oleh Kit Kat Chunky juga menampilkan Peraduan Chunky Break di Facebook dari 5 hingga 18 Mei bagi menggalakkan orang awam berehat dan bergembira walaupun sekadar beberapa minit. Peminat Kit Kat boleh mengambil bahagian dengan menekan klik pada butang ‘Like’ di laman Facebook tersebut bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai peraduan. Setiap hari, satu soalan atau tugas akan dipaparkan di laman Facebook Kit Kat Malaysia dengan tag #biggerbreak pada jam 3 petang. Peminat perlu mengemukakan jawapan yang tepat pada bahagian komen, tag tiga orang kawan dan juga tag #biggerbreak dengan jawapan tersebut. Bentuk soalan atau tugas adalah pelbagai, daripada permainan menyusun huruf dan silang kata hingga ke mengira bilangan coklat Kit Kat. Tiga jawapan tepat yang pertama akan diumumkan sebagai pemenang di Facebook pada jam 12 tengah hari pada hari berikutnya. Tiga orang pemenang ini akan menerima wang tunai RM100 setiap seorang.

Peraduan di Twitter 

Peraduan Chunky Break juga akan berlangsung menerusi Twitter dari 19 hingga 31 Mei di mana peminat perlu ikuti @KitKatMsia. Soalan akan ditweet setiap hari pada jam 3 petang dengan tag #biggerbreak. Untuk berpeluang memenangi wang tunai RM100 setiap seorang, peminat perlu mengemukakan jawapan yang tepat dalam tweet balas kepada soalan tersebut dengan hashtag #biggerbreak. Tiga jawapan tepat yang pertama akan diumumkan menerusi Twitter pada jam 6 petang setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Bigger Break Drive oleh Kit Kat Chunky, sila layari:

https://www.facebook.com/KitKatMalaysia

Tags: Gambar Zizan Razak Bantu Lancar Kempen Bigger Break Drive Kit Kat ChunkyGiveawaykit kat chunkykit kat peraduankitkatzizan razak
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Sofie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.