Percaya atau tidak seorang wanita mengandung telah menjadikan perutnya seperti kanvas apabila beliau memilih untuk meraikan kehamilannya dengan melukis gambar comel pada perutnya. Selepas penyanyi Mariah Carey melukis perutnya dengan gambar rama-rama, semakin ramai wanita memilih untuk meraikan kehamilan dengan cara yang sama.
Sepanjang kehamilannya, Luo Qianxi , seorang wanita berketurunan Cina ini telah mengecat gambar-gambar bayi yang comel di perutnya. Luo adalah seorang pelukis profesional dan berkata dia memilih cara ini untuk merakamkan proses kehamilannya. Luo, yang menjangkakan bakal mendapat bayi lelaki, berkata , dia menggunakan cat telah dibuat khas dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya. Bagaimana caranya dia melukis pada perutnya? Dia melukis dan mewarna sambil melihat dirinya pada cermin, dan setiap lukisan mengambil masa tiga hingga lima jam. Dia melukis setiap idea tulen tentang kehamilan, termasuk meneka imej bayinya.