Telah banyak berlaku kemalangan jiwa kanak-kanak disebabkan kecuaian ibu bapa contohnya anak yang dibiarkan lemas di dalam kereta, tercekik ketika makan dan juga dilanggar kerana ibu bapa tidak mengawasi pergerakan anak mereka. Justeri itu Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi amaran keras kepada ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak-anak mereka dan tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka.
Denda Dikenakan Terhadap Ibu Bapa
Tindakan tegas kepada ibu bapa yang cuai di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara 10 tahun. Tetapi hukuman ini bergantung kepada jenis kecuaian yang mereka lakukan sama ada kejadian yang berlaku disengajakan atau tidak disengajakan.
Kandungan Akta Kanak-kanak 2001 akan dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap ibu bapa yang cuai dalam menjaga keselamatan anak-anak mereka. Selain itu, sekiranya kecuaian yang berlaku itu sahih dan dilakukan dengan sengaja, ibu bapa yang didapati bersalah itu perlu menjalani empat perkara sebagai hukuman di atas kecuaian mereka.
Denda tambahan seperti menghukum mereka dengan denda RM20,000 merupakan sebagai salah satu langkah pencegahan. Ibu bapa yang didapati bersalah juga perlu menjalankan kerja-kerja khidmat sosial atau komuniti seperti menempatkan mereka di rumah kanak-kanak atau menjaga orang tua.