Penyakit cirit-birit merupakan gejala dari luka pada usus , ataupun juga gejala alergi . Penyebabnya mungkin bakteria ataupun virus , dan membuatkan pesakit mengalami buang air besar berkali – kali disertai dengan sakit perut , mual dan muntah.
Kerana masalah terjadi di usus , maka anda perlu diperhatikan apa yang dimakan , terutama kebersihannya . Selain itu anda perlu elakkan makanan yang pedas , asam dan juga produk susu. Berikut adalah beberapa makanan dan minuman yang boleh anda cuba jika mengalami cirit-birit.
1 . Bubur , roti bakar tau biskut
Makanan seperti bubur , roti bakar dan biskut disyorkan kerana ianya lebih mudah dicerna dan juga lembut sehingga membuat perut tidak perlu bekerja keras untuk menyerapnya.
2 . Buah Epal dan Pisang
Untuk buah – buahan , pisang boleh menjadi makanan alternatif kerana mempunyai kandungan gizi yang cukup tinggi dan memberikan tenaga yang boleh diproses oleh tubuh dengan cepat. Selain itu, anda boleh mengambil epal yang dikisar kerana mengandungi pektin. Pektin adalah sebatian polisakarida yang boleh larut dalam air dan membentuk cecair kental yang mucilage / mucilagines yang berfungsi melapisi dinding usus.
3 . Yogurt
Walau yogurt merupakan makanan diperbuat daripada produk susu , namun baik untuk pesakit cirit-birit kerana yogurt mengandungi bakteria baik yang akan membantu sistem penghadaman menjadi lancar.
4 . Minuman yang mengandung elektrolit
Saat cirit-birit , masalah yang paling kritikal adalah tubuh kehilangan banyak cecair dan boleh menyebabkan dehidrasi. Untuk itu disyorkan untuk minum cecair yang mengandungi elektrolit.