Pusat senaman terkenal Celebrity Fitness Malaysia akan menganjurkan ‘Indoor Fitathlon‘ buat pertama kali yang akan menyaksikan rakyat Malaysia bersenam dengan selebriti kegemaran mereka, dan bersaing untuk merebut hadiah hebat.
Sejumlah 11 orang selebriti telah menyahut cabaran itu untuk mengambil bahagian dalam Celebrity Fitness Indoor Fitathlon yang akan diadakan pada 31 Mei 2014 di ruang Concourse di pusat beli belah Cheras Sentral dan antara selebriti yang bakal turut serta adalah Sazzy Falak , Nazril Idrus, Yasmin Hani , Azura Zainal , John Oh, Jason Phang, Aenie Wong , Jojo Goh,Thanuja Ananthan, IZ , dan Tony Eusoff.
Idea untuk Indoor Fitathlon sebenarnya berasal dari salah satu aktiviti yang dijalankan di Celebrity Fitness iaitu Fit Fast , di mana ahli akan melalui satu siri senaman Latihan High Intensity Interval ( HIIT ) yang akan mempercepatkan kehilangan lemak, memberikan anda otot dan juga definisi badan lebih menarik. 11 peserta bertuah yang terpilih dengan slogan yang paling kreatif semasa memohon untuk menyertai cabaran itu,akan berpasangan dengan selebriti kegemaran mereka dan bersaing dalam tiga peringkat aktiviti yang termasuk HIIT ,Cardiovascular Conditioning dan Core Conditioning. Dalam setiap peringkat, peserta bersama-sama dengan selebriti mereka akan melaksanakan satu siri latihan.
Pemenang hadiah utama pertandingan ini akan membawa pulang pakej latihan Celebrity Fitness 5 Star Makeover Personal pelayaran Star Cruise 4 Hari 3 Malam dari Pulau Pinang- Langkawi – Phuket- Pulau Pinang , GINTELL i-So 3D EZY Fitness Machine (GT888) , baucar tunai Horley, penginapan di Silka Cheras KL dan baucar Strip. Naib juara akan membawa pulang Kad Keahlian Celebrity Fitness selama 3 Bulan , Bufet makan malam di Silka Cheras KL untuk 2 orang di Curvz Café , GINTELL G-Guasa Foot Massager (GT280), dan sesi rawatan di Strip. Celebrity Fitness juga memberikan beg saguhati dari adidas sebagai hadiah saguhati kepada semua peserta yang tidak memenangi hadiah utama.