Baru-baru ini jenama Dutch Lady telah mengadakan sebuah sesi diskusi di The Gardens Mid Valley. Sesi diskuasi itu diadakan untuk berkongsi dengan ibu bapa dan pengamal media mengenai implikasi status kesihatan yang membimbangkan dikalangan kanak-kanak Malaysia seperti yang diperolehi dari hasil kajian Tinjauan Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS), yang dijalankan pada tahun 2009 ke atas kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 12 tahun di seluruh negara.
Di antara yang terlibat di dalam sesi diskusi itu adalah Profesor Dr. Poh Bee Koon, Ketua program Sains Pemakanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penyelidik Utama SEANUTS Malaysia; Dr. Mehander Singh, pendidik sukan dan jasmani dari Kementerian Pendidikan Malaysia; Dr. Yong Junina Fadzil, pakar perunding pediatrik dan dua orang ibu bapa.
Hasil kajian SEANUTS menunjukkan sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa dan pihak bertanggungjawab dengan segera dalam meningkatkan tahap kesihatan dan nutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia. Usaha ini juga memerlukan kerjasama di antara pakar kesihatan, paediatrik, dan pendidik sukan dan jasmani.
Intipati diskusi SEANUTS
1. Membincangkan status nutrisi dan gaya hidup kanak-kanak di Malaysia. Melalui diskusi panel pandangan dan kebimbangan yang di alami oleh ibu bapa diperbincangkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar mengenai cara untuk meningkatkan status kesihatan semasa di kalangan kanak-kanak.
2. Berdasarkan hasil kajian SEANUTS, yang juga merupakan kajian nutrisi pertama yang dijalankan di kalangan kanak-kanak di Asia Tenggara dengan secara mendalam, satu daripada 20 orang kanak-kanak didapati kurang berat badan manakala satu daripada lima orang kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan (obesiti).
3. Salah satu penemuan yang menarik perhatian dalam kajian ini ialah hampir separuh daripada golongan kanak-kanak yang tinggal di bandar dan luar bandar menghadapi masalah kekurangan vitamin D terutamanya di kalangan kanak-kanak perempuan yang tinggal di kawasan bandar.
4. Pendidik sukan dan jasmani, Dr Mehander Singh juga menyatakan kebimbangannya dan menjelaskan bahawa lanskap gaya hidup warganegara Malaysia kini telah banyak berubah, “kini kanak-kanak di negara kita ramai yang mengamalkan gaya hidup kurang aktif. Mereka kurang menjalankan aktiviti di luar rumah atau di bawah sinaran matahari. Ini merupakan situasi yang amat membimbangkan,” katanya.
5. Dr Mehander juga berpendapat bahawa aktiviti fizikal yang kerap mampu untuk membantu meningkatkan kecergasan dan tahap kesihatan secara keseluruhan. Di samping itu juga, ianya mampu merendahkan risiko dari menghidapi penyakit kronik disebabkan berat badan berlebihan (obesiti).
6. Aktiviti fizikal termasuk pelbagai jenis permainan, sukan, rekreasi and pendidikan jasmani atau senaman di rumah, sekolah dan komuniti. Contoh aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana adalah seperti permainan yang melibatkan lontaran dan tangkapan, menunggang basikal, dan berjalan dengan pantas; manakala contoh aktiviti fizikal yang berintensiti tinggi adalah seperti berlari, sukan, permainan aktif yang memerlukan larian dan pergerakan seperi permainan bola keranjang, hoki, atau bola sepak.
7. Vitamin D merupakan nutrisi yang penting untuk tulang yang sihat dan mengawal kuantiti kalsium yang terdapat di dalam darah. “Kanak-kanak memerlukan vitamin D untuk pembinaan dan tumbesaran tulang dengan membantu menyerap kalsium. Apabila kulit terdedah kepada sinaran UVB matahari, badan akan menghasilkan vitamin D secara semula jadi.”
Beliau juga menasihati ibu bapa untuk memberi galakkan kepada anak-anak untuk keluar bermain bagi memperoleh lebih banyak sinaran matahari dan vitamin D secara semula jadi. Beliau turut memberi amaran akibat kekurangan vitamin D yang boleh mengakibatkan osteoporosis dan peningkatan risiko tulang rapuh pada jangka masa panjang.
8. Apabila salah seorang ibu bapa yang hadir dan bertanya sama ada kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti masih patut meminum susu, Dr Junina menjelaskan, “kanak-kanak yang dalam proses pembesaran masih memerlukan kalsium dan nutrisi lain yang penting, di mana susu merupakan salah satu punca nutrisi ini. Walaupun susu merupakan sumber minuman yang sihat, tetapi adalah penting untuk minum susu dalam kuantiti yang sederhana.”
Ibu bapa perlu medidik dan menjadi teladan yang baik kepada anak mereka dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat serta cara pemakanan yang betul. Ibu bapa, secara umumnya, kurang kesedaran tentang gaya pemakanan kurang berkhasiat yang mana ini juga turut menjejaskan nutrisi dan kesejahteraan anak mereka dalam jangka masa yang panjang.
Sebelum menutup sesi diskusi hari ini, En. Rahul Colaco, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), menyatakan “Dengan memulakan perbincangan ini bersama pihak yang mengambil berat tentang kesihatan kanak-kanak di Malaysia, kami harap ianya dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa, pakar penjagaan kesihatan serta pihak bertanggungjawab agar sama-sama mengambil langkah proaktif ke arah meningkatkan kesihatan anak-anak kita”.
Kempen Dutch Lady Malaysia ‘Drink, Move, Be Strong’, yang akan diadakan dengan kerjasama National Basketball Association(NBA)
Program Junior NBA ini bertujuan memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk menyertai permainan bola keranjang serta bergiat aktif di dalam aktiviti kesukanan dan kerja berpasukan. Colaco mengumumkan bahawa program tersebut akan dilancarkan secara rasminya untuk pertama kali di Malaysia sempena Hari Susu Sedunia pada bulan Jun 2014.
Untuk maklumat lanjut tentang SEANUTS, sila layari :