Jenama pakaian yang menyasarkan golongan traveller atau pengembara yang mementingkan gaya , Flying Nomad baru-baru ini telah melancarkan Koleksi Musim Bunga -Panas 2014 nya.
Koleksi ini membariskan warna-warna terang menggambarkan kesegaran udara , langit biru dan kehijauan bukit bukau, dengan tema dan inspirasi “picnic mood” dan “outdoor“
Antara koleksi yang diperagakan adalah, jaket tribal, cetakan floral, polka dots, skaf bohemian, dan aneka aksesori menjadikan ia satu koleksi yang berwarna -warni, selesa untuk percutian ke laut dan pantai.
Turut dilancarkan adalah katalog Shop and Dine , Eraman edisi ke-7 berjudul “Celebrations”. katalog ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan tentang produk dan promosi jenama yang juga boleh dijadikan hadiah sempena Hari Ibu dan Hari Bapa yang bakal menyusul tiba.
Menurut Encik Fawzy Ahmad, Pengurus Besar, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, koleksi terbaru dari Flying Nomad ini juga fokus kepada menyediakan pakaian yang selesa dan trendy dengan harga berpatutan . Beliau percaya yang dua kualiti ini menjadi kriteria utama untuk seorang pengembara (traveller) memilih pakaian mereka. Jadi pengembara masih boleh kekal bergaya dengan pakaian selesa ketika pengembaraan mereka.
Sempena pelancaran itu, satu promosi khas kini sedang berjalan untuk pelanggan CIMB dan China Union Pay (CUP).
Pemegang kad CIMB Preferred Visa Infinite boleh mendapat diskaun sebanyak 15% manakala pemegang kad CIMB Bank credit, debit dan Kwik layak mendapat diskaun sebanyak 10 % ke atas pembelian barangan ini. Promosi berakhir pada 31 Disember 2014.
Promosi lain , untuk pemegang kad CIMB World Mastercard, Preferred Visa Infinite menikmati diskaun 5% tambahan ke atas semua produk Eraman dipaparkan dalam Katalog ” Celebration”, sah dari 1 April 2014 sehingga 30 Jun 2014.
Sementara itu pelanggan yang membelanjakan RM800 dengan kad China Union Pay (CUP) dengan pengumpulan maksimum dua resit pada hari yang sama akan menerima hadiah eksklusif. Promosi ini sah dari April hingga Jun 2014.