Berbakat dalam bidang nyanyian? Punya suara yang hebat dan mengagumkan? Ini berita baik untuk anda !
Strepsil telah melancarkan pertandingan nyanyian The Right Note di seluruh negara bersempena dengan sambutan Hari Suara Sedunia 2014.
Lima finalis terbaik berpeluang untuk melakukan persembahan di pentas akhir dan juara akan memenangi Hadiah Utama bernilai RM10,000.
Pencarian vokal terbaik ini bakal diketuai legenda tanah air, Dato’ Sheila Majid sebagai juri. Finalis akan ditentukan berdasarkan kombinasi penjurian Dato’ Sheila Majid dan orang awam.
Mengagumi suara milik penyanyi Whitney Houston, Michael Jackson, Misha Omar dan Dayang Norfaezah ,Dato’ Sheila Majid menekankan bahwa kriteria utama yang dicari dalam diri pemenang adalah suara perserta itu sendiri selain bakat semulajadi dan keyakinan di atas pentas.
Bagi menyertai pertandingan The Right Note, peserta perlu merakam dan memuat naik penyertaan mereka ke www.strepsils.com.my/therightnote antara 15 April hingga 28 Mei 2014 untuk merebut slot lima finalis terbaik.