Jaclyn Victor pernah terjatuh ketika mengadakan persembahan di pentas AIM pada 2007. Malah, Jennifer Lawrence terjatuh di tangga pentas ketika ingin mengambil anugerah Oscar yang dimenanginya. Kali ini, Suzy, penyanyi Kumpulan Miss A membuktikan tahap profesional yang tinggi apabila meneruskan nyanyian meskipun tersadung di pentas hingga menyebabkan buku lalinya berdarah.
Kejadian berlaku ketika Suzy menyanyikan lagu Frozen sempena Jelajah Asia kumpulannya di Beijing. Aksi Suzy ketika menyanyi tidak menampakkan langsung dia sedang menahan kesakitan. Malah, ketika dia terjatuh, boleh dengar reaksi peminat terkejut dengan kejadian yang tidak disangka itu. Suzy mengalami kecederaan ringan di buku lali dan lengan.