H & M tampil koleksi baru iaitu Conscious Exclusive dan juga Conscious Spring 2014 Collection. Kedua-dua koleksi ini akan mula berada di pasaran pada 10 April. Conscious Collections boleh didapati di Lot 10 dan Avenue K manakala Conscious Exclusive hanya boleh diperolehi di Lot 10 sahaja. Menariknya kedua koleksi ini pada kali ini diperbuat daripada bahan-bahan yang lebih mampat, seperti 100% kapas kitar semula, Tencel ® dan hemp.
The Conscious Collection
Setiap pakaian daripada koleksi ini dibuat daripada bahan-bahan mesra alam seperti Tencel ®, kapas kitar semula, polyester kitar semula dan kapas organik. Pilihan warna yang didatangkan juga inspirasi daripada warna alam seperti burnt brown, saffron, sun yellow dan redish pink tones. Harga bermula daripada RM30 hingga RM200.
The Conscious Exclusive Collection
Conscious Exclusive Collection memberi kelainan kerana koleksi ini dibuat dengan bahan-bahan seperti kapas organik, polyester dan polyamide kitar semula, Tencel® – yang merupakan kain terbiodegradasikan diperolehi daripada pulpa kayu. Bahan-bahan baru seperti kulit organik dan sutera juga telah ditambah untuk koleksi ini. Bukan itu sahaja, koleksi memperkenalkan motif bohemian mewah dengan pengaruh Flamenco. Pilihan warna ialah seperti romantic whites, cloudy blues dan juga campuran metallic dan rich prints. Harga bemula daripada RM100 sehingga RM2000.
Anda ingin melihat koleksi berserta harga boleh
ke laman web rasmi http://www.hm.com/my/consciouscollection#inspiration1.