Seorang lelaki didakwa bertindak membunuh diri selepas diberitahu menghidap HIV positif.
Beberapa hari sebelum ini, Poo Hock Hee , 47, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana kes cirit-birit.
Beliau dimaklumkan oleh kakitangan hospital pada kira-kira 08:15 kelmarin bahawa ujian darah menunjukkan bahawa dia telah dijangkiti HIV.
Poo , yang tidak menunjukkan sebarang tanda sedang tertekan menerima berita tersebut , kemudian diminta untuk pergi ke bilik rehat untuk menukar pakaiannya.
Kakitangan hospital menjadi bimbang apabila dia tidak muncul semula selepas 20 minit
Mereka kemudiannya mengetuk pintu bilik rehat dan memanggilnya.
Apabila tidak ada jawapan , kakitangan hospital telah bertindak memecahkan pintu. Mereka terkejut melihat Poo terbaring kaku di atas bumbung tingkat pertama di bawah.
Rupa-rupanya, dia telah memanjat keluar dari tingkap di tingkat lima dan melompat keluar .
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Komisioner Zainuddin Ahmad berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Sumber : The Star