Macam-macam yang perlu difikirkan untuk menyediakan majlis baby shower, tarikh, tema dan konsep baby shower, menu, permainan, hiasan dan pelbagai lagi. Pasti bakal ibu sukakan segala perancangan yang dibuat untuk majlis baby shower.
1. Daisy Baby Shower – Kenapa daisy? Daisy merupakan bunga yang mampu memberi aura cantik dan lembut. Warna kuning dan putih menjadikan majlis baby shower nampak sangat menarik dan simple. Daripada dekorasi sehingga cupcake untuk tetamu yang hadir menggunakan tema daisy – putih, oren lembut dan kuning. Nampak comel dan sweet sangat!
2. Winnie the Pooh – Salah satu cerita kanak-kanak yang diingati ialah Winnie the Pooh yang ditonton oleh semua generasi. Daripada hiasan dekorasi sehingga makanan menggunakan tema ini. Mampu memberikan impak memori indah buat bakal ibu yang diraikan. Cupcake bentuk Winnie the Pooh ataupun hadiah baju bayi Winnie the Pooh, bukankah ianya comel?
3. Tema liar seperti leopard atau zebra – Ini merupakan tema pilihan untuk selebriti Marion Counter dan Nana Mahzan, nampak liar dan unik dengan penggunaan leopard dan zebra. Tetamu yang hadir mengenakan pakaian bercorak leopard dan zebra, unik dan menarik sekali.
4. Pretty in Pink – Mungkin bayi yang bakal dilahirkan ialah perempuan, maka katakan ya kepada tema pretty in pink. Bayi perempuan dan pink memang tidak dapat dipisahkan. Dengan meletakkan bunga mawar merah jambu ataupun tulips, memang menyerlahkan lagi majlis anda.
5. Alphabet – Alphabet daripada A hingga Z menjadi tema baby shower sebagai penghormatan untuk proses pembelajaran anak yang bakal dilahirkan.
6. Breakfast at Tiffany – Menggunakan tema Breakfast at Tiffany kerana bakal ibu sangat menggemari Audrey Hepburn. Tak salah bukan guna tema kesukaan bakal ibu.
7. Alice in Wonderland – Tema fantasi, magik menjadi pilihan untuk majlis baby shower. Unik, menarik dan penuh warna-warni! Lebih menarik jika para tetamu yang hadir turut mengenakan kostum khas untuk majlis baby shower yang berkonsepkan fantasi dan magik.
8. Sukan – Tema sukan seperti bola sepak, bola keranjang, sukan air dan pelbagai lagi. Dipenuhi dengan dekorasi menampilkan setiap sukan, jika anda bakal melahirkan bayi lelaki, ini mungkin tema yang sesuai, nampak lasak.
9. Children Book – Doa agar anak anda sentiasa menuntut ilmu, rajin membaca buku. Setiap ruang dipenuhi dengan buku kanak-kanak, malah kek juga dibuat bentuk buku, nampak menarik, penuh warna-warni!
10. Tiffany & Co. – Padanan warna biru lembut, putih dan hitam untuk tema Tiffany & Co. sememangnya sangat menarik.
Sebenarnya pelbagai idea tema menarik yang boleh anda buat untuk majlis baby shower asalkan tidak mengeluarkan belanja besar.