Semuanya sedia maklum, Ammar Effendy anak sulung Rozita Che Wan atau Che Ta telah mencatat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Ammar pernah menyuarakan hasratnya kepada Che Ta untuk memiliki sebuah kereta sport atas kejayaannya itu dan apabila ditanya kepada Rozita sendiri, Rozita mengesahkan yang anak kesayangannya itu
menginginkan kereta BMW X6. Malah, Che Ta bakal menghadiahkan kereta mewah itu kepada Ammar.
Walaubagaimanapun, melalui portal mynewshub.my, Ammar Effendy menafikan laporan media yang mengatakan ibunya akan menghadiahkan kereta mewah BMW X6 kepada dirinya berikutan kejayaan cemerlang Ammar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. Ammar menafikan perkara tersebut dengan menulis di laman Twitternya yang membawa maksud laporan media itu sebagai salah lapor dan adalah tidak benar sama sekali. Jadi, yang mana satu betul ni? Tidak kisahlah, yang penting bila melanjutkan pelajaran di Universiti nanti, teruskan usaha capai cita-cita dan tidak lalai dengan kemewahan yang dilimpahinya.