Kree
Salah satu koleksi daripada Kree mendapat koloborasi model dan pelakon jelita Natasha Hudson yang kini tampil manis dengan imej berhijab. Terdapat pelbagai koleksi top, skirt labuh, maxi dress malah baju kurung di Kree.
Menawarkan koleksi seluar palazo, skirt labuh dan top lengan panjang daripada julat harga RM 20 sehingga RM 490, anda pasti rambang mata melihat koleksi-koleksi eksklusif di laman ini.
Butik online ini memang terkenal dengan line maxi dress nya yang stylish, trendy dan young kebanyakannya direka berlengan panjang. Antara yang eksklusif boleh didapati di sini adalah koleksi baju kurung Jovian Mandagie for Thepoplook. Selain itu terdapat juga tudung, top, outerwear, rompers, seluar, skirt labuh dan aksesori dijual disini.
Menawarkan lebih 500 koleksi jenama dan pereka antarabangsa dan tempatan , pelanggan Zalora boleh membeli-belah daripada beribu-ribu fesyen pakaian lelaki dan wanita seperti kasut, aksesori, dan produk kecantikan secara atas talian. Antara jenama terkenal yang boleh dibeli di Zalora adalah Nike, American Apparel, New Look, River Island dan banyak lagi.
Banyak mengenengahkan rekaan dan jenama pereka tempatan, Fashion Valet juga menawarkan koleksi pakaian kanak-kanak, tradisional dan muslimah. Antara pereka tempatan yang memasarkan koleksi mereka di sini termasuklah, Mimpi Kita, Cosry Purple Label, Nurita Harith dan ramai lagi. Kebanyakan koleksi jenama fesyen daripada selebriti tempatan seperti House of Doll dan Baajookoo juga boleh didapati di sini.
Bermula dengan menjual beg buatan tangan, kini Button My Buttons menawarkan koleksi baju kurung moden yang fancy dan funky handmade. Pelanggan juga boleh membuat custom order di sini. Perekanya Shahida Sharif, turut mereka dan menjual koleksi baju pengantin.
Dahulunya dikenali sebagai butik eightDesign, EDZ juga juga adalah butik online yang menawarkan koleksi maxi dress, maxi skirt dan top yang sesuai untuk muslimah.
8. Asos
Berpengkalan di United Kingdom, Asos menawarkan penghantaran percuma ke 190 negara termasuk Malaysia. Menawarkan koleksi-koleksi yang trendy untuk lelaki dan wanita, butik online ini juga amat digemari oleh kebanyakan fesyenista seluruh dunia.
Baru sahaja dilancarkan, Simply Maybe menawarkan koleksi pakaian lelaki dan wanita seperti baju, kasut dan aksesori yang stylish dan unik.
FBlock adalah satu lagi pilihan anda untuk membeli belah pakaian dan barangan kecantikan secara atas talian.