Percutian tentunya akan menjadi lebih indah jika dapat menginap di hotel yang mempunyai pemandangan yang indah dan mempesonakan. Kami kongsikan 9 gambar pemandangan hotel terbaik dari laman web Condest Nast Traveller.
1. Le Meurice, Paris, Perancis
Dari balkoni hotel lagi anda boleh menyaksikan pemandangan kota Paris 360 darjah.
2. Londra Palace, Venice , Itali
Beranda hotel ini betul-betul menghadap Riva degli Schiavoni.
3. Ladera , St. Lucia , St. Lucia
Dibina dengan kayu Caribbean, batu tempatan, dan jubin terra cotta di bekas tapak ladang koko, pengunjung berpeluang menikmati suasana flora sambil menghadap ke Pitons dan laut.
4. Taj Lake Palace , Udaipur, Rajasthan
Menikmati pemandangan indah istana di pesisiran pantai .
5. Mombo And Little Mombo Camps, Moremi, Moremi, Botswana
Berada di sini seolah-olah sedang menginap dalam sebuah kem hutan safari.
6. Four Seasons Tented Camp Golden Triangle, Chiang Rai, Chiang Rai, Thailand
Terletak di lereng bukit hutan di sepanjang Sungai Mekong, ini pemandangan menakjubkan hotel ini menggabungkan pemandangan tiga negara- Thailand, Myanmar dan Laos.
7. Four Seasons Resort Lana’i At Manele Bay, Lanai, Hawaii
Pemandangannya meliputi air terjun, taman, sungai, dan kolam dan dan menghadap teluk.
8. Rancho La Puerta, Tecate, Baja, Mexico
Dibina dalam gaya-kolonial Sepanyol, Casitas merah bata dengan bumbung jubin, pemandangan di sini begitu mempesonakan dengan keindahan taman yang terbentang di laman hotel.
9. Kanantik Resort, Dangriga, Dangriga, Belize
Terletak empat batu dari Lembah Cockscomb Sanctuary Hidupan Liar (jaguar pemuliharaan), pengunjung dapat menikmati kedamaian dan kehijauan hutan rimba dari balkoni hotel ini.