Perkahwinan sepatutnya peristiwa yang menggembirakan tetapi ‘majis perkahwinan’ untuk Josie Zetz berusia 11 tahun berlangsung dalam suasana penuh kesedihan dan memori indah bahawa ayahnya tidak akan berjalan dengannya ketika majlis perkahwinannya suatu hari nanti. Disebabkan itu, jurugambar Lindsey Villatoro merakamkan detik indah mereka berdua.
Jim Zetz berusia 62 tahun kini sedang mengalami kanser pankreas yang akan meninggalkan anaknya pada bila-bila masa, jadi, Villatoro memutuskan untuk membantu ayah dan anak perempuan mengalami pengalaman detik-detik penting yang dia tahu kedua-duanya akan terlepas.
Dalam masa 72 jam, Villatoro berjaya mengutip derma untuk membeli gaun pengantin, kek, bunga dan pelbagai lagi untuk menyediakan sebuah majlis indah untuk Josie dan ayahnya.
Walaupun dalam suasana sedih, perkahwinan ini akan membantu Josie sentiasa mengingati detik indah bersama bapanya pada hari perkahwinannya nanti. – via