Topi adalah satu aksesori wajib dipakai oleh Kate Middleton walau di mana sahaja upacara rasmi. Disedari atau tidak, Kate sentiasa memakai topi di bahagian kanan kepalanya. Fesyen topi yang digayakannya juga melengkapi penampilan Duchess of Cambridge ini. Ini antara koleksi topi yang pernah dipakai Kate Middleton.
1. Topi Bulu – Kate Middleton memilih topi bermotifkan bulu berwarna coklat kehijauan, nampak cantik dipadankan dengan baju daripada rona yang sama.
2. Topi Biru Bulat – Kali ini Kate Middleton memakai topi berbentuk bulat dan elok terletak di dahinya menutup hampir seluruh bahagian dahinya.
3. Topi Jala Hitam – Bila diperhatikan topi ini bermotifkan jala. Topi unik ini agak lebar dan serasi dengan busana yang dipakai Kate Middleton.
4. Topi Kuning Berbunga – Topi ini sangat unik, selain berbentuk plat lurus. Hiasan bunganya di letakkan di bahagian dalam, melekat ke rambut Kate Middleton. Tidak seperti topi lain yang hanya berfungsi sebagai hiasan, topi kali ini berkesan menutup wajahnya daripada sinaran matahari.
5. Topi Rona Coklat – Kali ini Kate melakukan kontra dalam penampilannya, busana hijau dilengkapkan dengan topi rona coklat. Nampak berbeza tetapi menarik!
6. Topi Rona Pastel – Penampilan Kate kali ini nampak sangat manis sekali mengenakan topi rona pastel. Topi berbentuk bulat kecil dengan jaringan tipis yang menutupi sebahagian wajah. Penampilan Kate nampak sempurna dengan warna pakaian yang senada.
7. Topi Coklat Baldu – Topi yang ini mirip kabaret, namun nampak lebih tebal dan halus bermotifkan baldu. Warna topi serasi dengan warna rambutnya yang perang coklat. Topi ini mungkin tidak semewah topi lain, namun tetap menarik dipandang.
8. Topi Koboi Hitam – Selain berbahan tebal, topi ini juga cukup lebar. Berbeza dengan topi lain yang kecil dan comel, topi ala koboi ini kelihatan kukuh dan sedikit bergaya. Mempunyai rekaan reben di depan topi, tampak menarik sekali.
9. Topi Bentuk Piring Terbang – Masih memilih topi berbentuk bulat, kali ini bentuknya hampir rata dan hanya mempunyai sedikit lengkungan untuk dilekatkan di bahagian depan kepala sang puteri. Di atasnya dihiasi bulu dan pita melengkapkan penampilan topi berwarna kelabu yang persis piring terbang ini.
10. Topi Warna Merah Terang – Kate Middleton sangat cantik mengenakan topi berbentuk bulat kecil dipakai di kepala belah kanan. Topi rona merah ini kontra dengan busananya. Simple yet classy!
11. Topi Biru Tua – Topi biru tua senada dengan busana yang dipakainya. Topi tampak kemas menutupi sebahagian dahinya.
12. Topi Ala Koboi – Selalunya puteri ini memakai topi di bahagian kanan kepalanya tetapi kali ini Kate memakai di sebelah kiri pula. Topi ala koboi rona merah hati ini nampak menarik dan bergaya sekali dengan busana senada.
13. Topi Bermotifkan Floral – Topi berbentuk bulat rona krim dengan dihiasi bunga berwarna ungu di atasnya kelihatan menarik sekali. Sesuai sekali dipadankan dengan busana sang puteri yang cantik manis ini.
14. Topi Hijau Pokok – Busana hijau kotak dilengkapkan dengan aksesori wajib topi bulat kecil berwarna hijau cantik dipakai di atas kepala belah kanan.
15. Topi Rona Merah Jambu – Kate nampak cantik manis mengenakan topi rona lembut merah jambu dengan busana rona senada. Topi agak lebar itu menutup sebahagian mukanya belah kanan, mampu elak dari sinaran matahari.
16. Topi Merah Garang – Jarang sekali Kate tampil mengenakan busana merah garang tetapi kali ini Kate berani tampilkan kelainan. Dari topi sehingga busana malah difahamkan clutch juga dari warna senada. Anggun sekali.
Koleksi Lain