Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Pilihan

[Review Buku] Hos Azura Zainal Kongsi Pengalaman Dalam Azura Zainal’s Guide to Radio & TV Hosting

by Wanista Newsdesk
April 3, 2014
31
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

azura zainal

Azura Zainal’s Guide to Radio & TV Hosting adalah naskah terbaru daripada siri MPH Masterclass Series, siri buku yang mengetengahkan konsep perkongsian pengalaman individu yang pakar dalam bidang masing-masing. Sebelum ini, MPH Group Publishing juga telah menerbitkan buku Amber Chia’s Guide to a Successful Modelling Career dan Jojo Struys Guide to Wellness.

Cukup dikenali melalui hasil kerjanya dengan Walt Disney TV Asia dan penyampai radio Red FM, Azura Zainal tidak lokek berkongsi pengalamannya menjadi hos TV dan radio selama 16 tahun melalui penulisannya dalam Azura Zainal’s Guide to Radio & TV Hosting.

Azura Zainal's Guide to TV & Radio

Tajuk : Azura Zainal’s Guide to Radio & TV Hosting

Penerbit : MPH Group Publishing

Bahasa : Bahasa Inggeris ( English)

Harga : RM 35. 90

Saiz : 6’’ (w) x 9’’ (h)

Format : Paperback (Kulit buku kertas lembut)

Review

Buku ini secara keseluruhannya mengandungi panduan tentang bidang pengacaraan Radio dan TV. Melalui buku ini, Azura telah menerangkan tentang karekter dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang hos yang baik. Kebanyakan daripada kandungan juga menceritakan tentang ” behind the scene ” dan realiti sebenar yang dilalui oleh seorang pengacara seperti Azura .

Selain itu Azura juga telah berkongsi tips berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri malah memberi garis panduan kepada mereka yang berminat menceburi bidang ini tentang cara dan langkah yang perlu diambil untuk memulakan kerjaya sebagai hos dalam buku paperback yang mempunyai 130 halaman ini.

Antaranya apa yang perlu dan jangan dilakukan ( do’s and don’t’s) dan juga ekspektasi dalam bidang ini.

Buku ini sesuai sekali dibaca oleh mereka meminati bidang pengacaraan dan tidak tahu bagaimana hendak bermula dan juga mereka yang ingin memperbaiki kualiti persembahan pengacaraan mereka .Melalui kandungan buku ini, mereka yang berminat untuk mengikut jejak langkah seperti Azura akan lebih sedar tentang persediaan yang diperlukan sebelum melangkah ke dalam bidang yang mencabar ini.

Selain itu, bagi yang meminati Azura Zainal sebagai hos juga boleh memiliki buku ini untuk mengetahui apa yang dilalui hos kecil molek ini sepanjang kariernya.

Anda tentunya akan kekal teruja membaca buku yang ditulis menggunakan bahasa yang ringkas, mudah difahami serta menggunakan gaya penulisan yang straight forward. Tambah menarik, anda juga berpeluang . buku ini juga turut memaparkan lebih 50 gambar-gambar Azura sepanjang 16 tahun kerjayanya menjadi hos.

Mungkin terdapat banyak buku yang berkonsep serupa di pasaran (panduan pengacaraan) namun dari segi konteks , Azura Zainal’s Guide to Radio & mungkin menjadi pilihan yang lebih baik kerana ia berdasarkan senario di negara ini.

Malah, kandungan buku ini juga tentunya akan memberi perspektif baru tentang bidang penuh glamor ini kepada masyarakat.

FILED UNDER [Review Buku] Azura Zainal's Guide to Radio & TV Hosting Papar Pengalaman 16 Tahun Azura Zainal Sebagai Hos[Review Buku] Hos Azura Zainal Kongsi Pengalaman Dalam Azura Zainal's Guide to Radio & TV Hostingazura disneyazura red fmazura zainalazura zainal's bookAzura Zainal's Guide to Radio & TV Hostingbuku azura zainalMPHmph masterclass seriesreviewreview bukutips hosting azura zainal
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.