Jenama kasut terkenal Adidas telah memperkenalkan koleksi kasut Adidas Originals Siri ZX sejak tiga dekat lalu yang bukan sahaja digunakan untuk aktiviti lasak, bahkan amat sesuai digunakan untuk aktiviti santai. Sebenarnya kasut klasik ini mula dijual kepada umum sekitar tahun 1970-an dan pada tahun 1984, Adidas ZX telah dilahirkan. Dengan permulaan koleksi kasut ZX 500, ianya berkembang seiring dengan teknologi pembuatan kasut serta diimbangi kreativiti dan mewujudkan Adidas ZX 700 dan juga Adidas ZX 8000.
Selama lebih 30 tahun dengan pelbagai rekaan kasut yang telah menjadi kegilaan dunia, kini Adidas Original ZX tampil dengan koleksi terkini iaitu ZX700 dan juga ZX750 di dalam koleksi musim Bunga/Panas tahun 2014. Bagi memberi anda pilihan untuk perjalanan jauh, Adidas menyediakan koleksi kasut siri ZX yang sesuai dengan anda yang boleh digunakan ketika bercuti ataupun melakukan tugasan harian. Dengan pelbagai warna, rekaan yang lebih kotemporari dan saiz, anda pasti teruja menghabiskan percutian dengan kasut pilihan Adidas ZX700 dan ZX750.
Remaja pasti gemar dengan rekaan kasut bergaya yang boleh digunakan sama ada untuk berjalan-jalan atau bersantai. Ia menepati citarasa generasi muda yang mahukan sesuatu yang kasual tetapi tampak elegan dan menarik serta lebih sporty dengan potongan kasut yang menggabungkan elemen klasik dan moden. Adidas Originals ZX sentiasa mendahului dari segi fesyen kerana ia sentiasa mengkaji kesesuaian, minat dan keperluan remaja untuk berfesyen.
Koleksi kasut Adidas ZX700 telah mula dijual di butik kasut Adidas Originals bermula bulan Mac lalu manakala Adidas ZX750 dijual bermula bulan ini untuk lelaki dan wanita dengan harga bermula RM340.
Anda boleh membuat pembelian kasut Adidas Originals ZX700 dan ZX750 secara online di : http://shop.adidas.com.my/
Koleksi kasut Adidas Originals ZX750
Koleksi kasut Adidas Originals XZ700 Contemp Shoes