Konsert Twin Towers @Live 2014 yang sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini iaitu pada 28 hingga 29 Mac telah dibatalkan. Berita tersebut diumumkan sendiri oleh Petronas selaku penaja dan penganjur konsert, Live @ Work Sdn Bhd.
Keputusan sebulat suara itu dibuat sebagai tanda menghormati keluarga dan rakan-rakan para penumpang dan anak kapal yang terlibat dalam tragedi pesawat MH370. Malah, berita tersebut juga turut dikongsi di Facebook Twin Towers Alive.
“Kami benar-benar sedih dengan tragedi itu dan merakamkan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada mereka.
“Sebagai penaja, kami akan menghormati kewajipan kami untuk memastikan semua pihak yang berkaitan kesan daripada pembatalan dilayan dengan adil,” kata Petronas dalam satu kenyataan. – via