1. Google Map
Ini applikasi yang akan membantu anda ketika anda sesat atau tidak tahu jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi.
2. Waze
Mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Google map, Waze juga adalah applikasi yang membantu memberi arah jalan kepada anda. Waze turut memberi laporan seperti berlaku kemalangan dan beberapa amaran lalulintas yang lain.
3. Evernote
Catatan nota anda akan menjadi lebih efisyen dan efektif dengan penggunaan Evernote. Bukan sahaja untuk membuat catatan, applikasi ini juga boleh digunakan untuk merakam segala aktiviti kerana ia mampu merakamkan gambar dan video. Tidak perlu lagi membawa buku catatan anda yang berat selepas ini.
4. Camera 360
Sudah menjadi trend kini mengambil gambar dengan menggunakan filter untuk hasil yang lebih menarik terutamanya untuk gambar selfie.
5. Dropbox
Tidak perlu lagi risau akan masalah memori telefon anda sudah penuh atau melecehkan diri dengan perlu transfer fail seperti gambar ke pendrive dan sebagainya. Applikasi penyimpanan awan seperti Dropbox akan terus menyimpan fail-fail ini.Anda juga masih mempunyai back up jika telefon anda rosak atau hilang.