Manusia semakin pelik! Tengok saja kegilaan terkini manusia mengambil gambar wajah sendiri iaitu selfie. Mereka sanggup bersusah-payah membalut wajah dengan menggunakan sellotape atau pita pelekat agar nampak hodoh dan kemudian mengambil gambar selfie. Gambar-gambar itu pula diletakkan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.
Kegilaan manusia dengan Selfie Pita Pelekat, atau sellofies, telah menjadi popular di Facebook sebagai kegilaan untuk mereka yang terlalu banyak masa terluang.
Hibrid selfie terkini ini nampaknya diilhamkan daripada filem Jim Carrey iaitu Yes Man, tetapi terdapat juga bukti bahawa idea asal ‘ selfie pita pelekat’ milik seorang jurugambar Amerika. Wes Naman, seorang jurugambar profesional dari Albuquerque , New Mexico, membalut muka rakan-rakannya dengan pita pelekat untuk menguji set-up sebuah pelantar pencahayaan miliknya. Ia kini ibarat virus. Kami kongsikan beberapa orang yang membalut seluruh muka mereka dan kemudian memuat naik gambar di internet sebagai ‘bukti’ :