Kejadian yang berlaku di Surabaya, Indonesia menarik perhatian penulis apabila seramai 30 orang pegawai kerajaan lelaki dipecat oleh Datuk Bandar wilayah itu kerana berpoligami tanpa izin.
Ketegasan Datuk Bandar wanita pertama memimpin Surabaya memecat kesemua pegawai sepanjang tahun lalu bukan hanya kerana mereka bernikah tanpa izin, bahkan tindakan itu juga disifatkan sebagai melanggar peraturan perkhidmatan.
“Sebahagian besar berkahwin lagi tanpa izin sedangkan sudah diingatkan tetapi tindakan itu dikesan. Akhirnya mereka dipecat. Kerana itu saya meminta, agar pegawai-pegawai kerajaan mentaati peraturan yang ada dan menepati sumpah perkhidmatan kerana itu akan dijawab di hadapan Tuhan nantinya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tri Rismaharini dikenali sebagai seorang pemimpin wanita yang sangat tegas dan tidak akan berkompromi terhadap hal-hal yang remeh.