Seorang pekerja bank yang berkahwin untuk menyembunyikan status homoseksualnya telah bertindak mencekik isterinya menggunakan paip vakum yang diperbuat daripada logam. Beliau kemudiannya cuba untuk memusnahkan mayat isterinya dalam cerobong api.
Jasvir Ram Ginday, 30 telah berkahwin dengan isterinya Varkha Rani, 24 atas permintaan keluarga. Pasangan tersebut telah dikahwinkan dengan meriah pada bulan Mac tahun lepas. Varkha Rani adalah seorang graduan yang mempunyai ijazah dan ijazah sarjana dalam bidang sains dan teknologi maklumat di India. Baliau kemudiannya mengikut suaminya berpindah ke UK untuk mengikut suaminya selepas mendapat kelulusan visa pada bulan Ogos.
Namun, selepas sebulan, polis telah menemui mayat yang akhirnya identitinya dipastikan adalah Varkha Rani. Antaranya yang ditemui adalah tengkorak dan beberapa batang gigi yang dibakar secara tidak sempurna. Pihak polis juga turut menjumpai cincin perkahwinan Rani dalam cerobong sepanjang 22 inci tersebut.
Ginday kemudian memperlihatkan dirinya seolah-olah mangsa dalam hal ini .Selepas membunuh isterinya, dia bertindak menghubungi polis dan membuat aduan kehilangan isterinya. Lelaki itu mendakwa yang isterinya telah lari dari rumah selepas menyerangnya. Ginday juga turut mendakwa yang kononnya Rani berkahwin dengannya semata-mata untuk mendapatkan visa tinggal di UK.
Menurut sumber, Ginday memang telah lama menjalinkan hubungan dengan lelaki di ruangan chat untuk untuk membincangkan tentang seksualiti beliau , beliau menubuhkan n satu rangkaian rakan-rakan lelaki homoseksual dan juga menghadiri kelab-kelab gay di kawasan Birmingham.
Bapa kepada mangsa, Surjit Singh, telah menzahirkan perasaan sedih dan terkejut akan kejadian tersebut. Dia turut berkata bahawa dia tidak mengetahui tentang status seksualiti menantunya itu dan tidak akan membenarkan anak perempuan itu berkahwin jika mengetahuinya.
Perbicaraan kes ini masih lagi dijalankan.