Konsert Life In Color yang dijadualkan bakal berlangsung pada 19 April depan telah dibatalkan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin berkata kejadian di Konsert Festival Future Music Asia yang telah mengorbankan enam nyawa anak muda dan 14 lagi dirawat di hospital kerana pengambilan dadah dan alkohol berlebihan sepatutnya dijadikan iktibar dan teladan.
Menurutnya lagi dengan melihat nama penganjurannya sahaja sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku semasa konsert tersebut.
“Semoga kita semua lebih sensitif. Banyak cara lain yang kita boleh lakukan untuk menjual nama Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, bukannya dengan cara ini sahaja,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.
Berita pembatalan konsert ini telah diumumkan di Facebook rasmi. Konsert Life In Color ini merupakan parti cat terbesar di Malaysia yang akan menampilkan beberapa DJ terkenal dari serata dunia.
Ramai yang memberi komen dan kata-kata kesat mengenai pembatalan konsert Life In Color ini dan kononnya tidak mahu datang ke Malaysia lagi. Tak apa, taknak datang pun tak apa. Malaysia pun tak jemput dan tak sudi. Yang penting, negara kita dilimpahi rahmat dari yang Esa.