“Mogok lapar, hormati kehidupan, kembalikan keluarga saya, tak mahu jadi mangsa politik, beritahu kebenaran.”
Itu adalah kata-kata yang diluahkan salah seorang ahli keluarga penumpang dari China berhubung misteri kehilangan pesawat MH370, kini mereka mengancam untuk mengadakan mogok lapar. Mereka lakukan itu sebagai tanda desakan mereka yang mahukan pihak Malaysia Airlines (MAS) menjawab segala persoalan mereka berhubung dengan insiden itu.
Bukan itu sahaja, ada di kalangan mereka yang masih tidak berpuas hati kerana Duta Malaysia tidak ada bersama dalam pertemuan harian pegawai MAS dengan keluarga penumpang.
“Memandangkan merekatidak meberitahu perkara sebenar mengenai nasib ahli keluarga dan saudara mara kami dalam pesawat itu, kami juga akan protes. Kebanyakan ahli keluarga dan saudara mara penumpang di sini kini menghadapi tekanan mental,” ujar salah seorang ahli keluarga penumpang.
Sumber: