Enam orang maut disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Konsert Konsert Festival Future Music yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2014 telah membatalkan persembahan pada hari terakhir ( 15 Mac 2014 ) kerana insiden kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Pada 15 Mac 2014 seorang lagi mati akibat yang sama iaitu kesan daripada pengambilan dadah dan alkohol. Laporan itu berkata seorang mati di tempat itu manakala yang lain mati ketika dikejarkan ke hospital dan semasa dirawat di hospital.
Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin 21; M.Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23; dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.
FMFA 2014 digegarkan oleh persembahan artis antarabangsa seperti Deadmau5, Armin Van Buuren, Wu Tang Clan dan lain-lain lagi dan mereka telah menukar lokasi konsert dari Litar Sepang ke Stadium Bukit Jalil.
Sumber : Bernama, Berita Harian, Sinar Harian, Facebook FMFA