Gambar di atas adalah gambar bangunan sebuah asrama yang menjadi penginapan pelajar di Macedonia.
Jika anda pernah tinggal di asrama sewaktu zaman belajar, anda tentu setuju bahawa, kemudahan asrama yang disediakan kepada pelajar biasanya tidak begitu memuaskan dan selesa jauh sekali boleh dikategorikan sebagai kemudahan yang mewah.
Namun, jika anda lihat gambar-gambar kemudahan asrama pelajar di Macedonia yang kami kongsikan ini, mesti anda akan terkejut dan berasa bersyukur dengan apa yang disediakan di negara kita. Melihat kondisi bangunan luar asrama ini, tiada apa yang boleh dianggap sebagai luar biasa, berbeza pula dengan kondisi bahagian dalam asrama.
Kotor , jijik dan tidak keterlaluan penulis sifatkan sebagai menyeramkan bukan? . Kami pasti , seteruk manapun kemudahan asrama yang disediakan di pusat-pusat pengajian di Malaysia, tidak ada lagi yang seteruk kondisi ini. Penulis tidak dapat membayangkan bagaimana pelajar-pelajar yang mendiami asrama ini menjalani sesi pengajian mereka sehari-hari . Ironinya, kemudahan asrama ini juga turut dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan kepada banduan di Norway yang ternyata jauh lebih bersih dan selesa.