Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

7 Tips Penting Menghadapi Cuaca Jerebu

by Wanista Newsdesk
March 13, 2014
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
MALAYSIA-INDONESIA-ENVIROMENT-HAZE
Sumber : www.huffingtonpost.com

1. Kurangkan aktiviti luar.

Sebenarnya tahap bahaya pencemaran udara terhadap kesihatan  adalah berbeza mengikut usia dan keadaan kesihatan diri. Berbanding individu yang sihat, golongan seperti warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak adalah lebih berisiko terdedah kepada risiko mendapat penyakit akibat pencemaran udara . Individu yang menghidapi penyakit seperti sakit paru-paru  yang kronik, penyakit jantung dan  penghidap strok pula menghadapi risiko kesihatan yang lebih tinggi lagi.

Peka dengan laporan berita tentang keadaan IPU (Indeks Pencemaran Udara ). Bacaan daripada 101-200 menunjukkan kualiti udara yang tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan 300 keatas sudah mencapai tahap merbahaya.

2. Duduk di rumah/ pejabat/ tempat tertutup

Ketika duduk di rumah, pastikan tingkap dan pintu tertutup serapat yang mungkin. Tutup ruang-ruang kecil yang membolehkan udara dari luar masuk ke rumah.

3. Pakai topeng untuk keadaan jerebu

Tutup bahagian mulut dan hidung anda menggunakan surgical mask  atau N95 mask. Pastikan anda memakai topeng tersebut dengan cara yang betul. Untuk surgical mask , pastikan bahagian berwarna berada di luar dan menutup hidung dan mulut secara keseluruhan. Tonton video berikut untuk mengetahui cara memakai surgical mask yang betul.

cara memakai topeng n 95

4. Banyakkan minum air 

Minum banyak air akan membantu menyingkirkan toksin di buah pinggang yang diserap oleh kulit dan paru-paru. Cuba minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang akan menggalakkan kehilangan cecair daripada badan.

5. Amalkan pemakanan sihat

Banyakkan makan buah-buahan yang kaya dengan kandungan Vitamin C (oren, jambu batu, strawberi), vitamin E (kekacang) dan asid lemak omega-3 (minyak ikan).

6. Kerap cuci tangan dan muka 

Walaupun kita mengelak untuk terdedah dengan asap jerebu, namun kulit kita masih akan menyerapnya. Jadi cuci tangan dan muka anda sekerap yang mungkin dan jangan malas untuk mandi selepas keluar dari rumah.

7. Dapatkan rawatan lanjut.

Jika anda mendapat gangguan kesihatan yang berlarutan, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Kemungkinan kesan kepada kesihatan termasuklah ;

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit

Sumber :  1, 2, 3

Tags: 7 Tips Menghadapi Cuaca Jerebucara memakai topeng jerebucuaca jerebujerbu di malaysiajerebulangkah kesihatan ketika jerebutahap kualiti IPUTOPENG JEREBU
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.