DigitalGlobe memanggil semua rakyat Malaysia dan juga penduduk dunia untuk menyertai satu kempen crowdsourcing untuk membantu memberikan maklumat dan mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu. Pesawat yang telah hilang selama 5 hari itu membawa 239 orang termasuk 12 orang anak kapal itu dan merupakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan telah terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara Subang sekitar jam 02:40 pagi. Penumpang terdiri daripada 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, tujuh warga Australia, tiga warga Perancis, empat rakyat Amerika, dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing dan setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria. ( termasuk 2 penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi Italy dan Austria yang telah dikenalpasti )
Anda boleh mengemas kini imej harian pada laman web carian berkenaan iaitu http://www.tomnod.com atau lebih spesifik di sini : http://www.tomnod.com/nod/challenge/malaysiaairsar2014 . Anda boleh memilih sama
Pengguna boleh menandakan imej pada laman web jika mereka melihat bangkai pesawat, rakit keselamatan, tumpahan minyak atau keterangan lain. Laman web itu setakat ini mempunyai lebih daripada 10 juta paparan pada petang semalam dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan hingga menyebabkan portal itu mengalami masalah teknikal berikutan penggunaan yang terlalu tinggi.
Bagaimana untuk menggunakan Tomnod
1. Paparan peta di laman web Tomnod telah diambil pada 9 Mac 2014.
2. Daftar akaun untuk menyimpan maklumat / carian. Klik Start Tagging.
3. Terdapat 4 pilihan carian di bahagian atas kiri ( oil slick, wreckage, raft , other ) . Pilih mana-mana berkenaan dan tag pada objek yang anda jumpa pada peta yang disediakan.
4. Anda boleh zoom in dan zoom out di kawasan peta untuk memudahkan pencarian. Anda juga boleh klik map tiles dan bilangan map tile yang telah dilihat akan dipaparkan di bahagian portal sebelah kanan.