Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ #DoakanMH370 ] Video & Komen Terbaik Daripada Kapten Norudin Abd Majid

by IamLisa
March 11, 2014
Gambar:Youtube

Gambar:Youtube

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
Gambar:Youtube
Gambar:Youtube

Kehilangan pesawat MH370 dihujani dengan pelbagai pandangan, pendapat, penjelasan, spekulasi dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan. Kami Wanista tertarik dengan ulasan juga pandangan Kapten Norudin Abd. Majid yang ditemu bual secara eksklusif oleh TV3 berkaitan misterinya kehilangan pesawat MH370.

Sebelum itu, kami ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai Kapten Norudin Abd.Majid. Kapten merupakan bekas  juruterbang pesawat 777-200 MAS, beliau juga terlibat dan mengetuai dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 ke Malaysia pada tahun 2002.

Apa yang menarik perhatian kami ialah sebelum ini banyak kita dengar ulasan dari pelbagai sudut yang semuanya menyentuh soal teknikal pesawat, operasi cara dan menyelamat (SAR) dan sebagainya, namun berbeza bagi Kapten Norudin Abd. Majid. Menurutnya:

1. Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

2. Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima.

3. Kita orang beriman, Alllah S.W.T menentukan segala-galanya. Dunia ini kepunyaan pencipta.

4. Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara.

5. Dua cara yang boleh dilakukan dan Insyaallah akan jumpa ialah doa daripada orang-orang soleh yang dekat dengan ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya.

Wanista rasakan ini merupakan ulasan yang sangat mudah dan senang didengar dan boleh diambil teladan juga jangan pandang enteng kerana walau apapun yang terjadi, kita harus berbalik kepada Yang Esa. Dia melihat, mendengar dan mengetahui segalanya yang berlaku di muka bumi ini. 

Kami sertakan sekali video temu bual dengan Kapten Norudin Abd Majid

Antara petikan ayat temuramah Kapten Norudin Abd Majid ( bekas ketua juruterbang 777-200 MAS ) dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 hari ini. ( 11 Mac 2014 )

1. Apa yang kita perlu lihat, dimana sains berakhir, disitu kudrat Allah bermula. ( ayat bermakna ini adalah kuasa melebihi kemampuan manusia, jangan salah faham ya. )

2. Usaha manusia mempunyai had. Selain alam manusia ada alam lain. Jangan terlalu taksub pada teknologi sampai kita lupakan yang asal ( maha Pencipta )

3. Allah swt ingin ingatkan manusia bahawa kita insan yang lemah. Dunia bukan milik manusia tapi milik Allah.

4. Kehidupan kita dipengaruhi dengan apa yang kita tengok, lihat, rasa. Apa yang kita tak nampak, lihat, rasa, itu adalah milik Pencipta. Allah swt ingin peringatkan manusia bahawa kita adalah insan yang lemah. Dunia ini bukan milik manusia. Tapi milik Allah.

5. Topik ini menarik kerana telah begitu lama ( sains ) dimiliki oleh orang lain. Tapi sebenarnya semua adalah milik Allah swt.

6. Saya kenal juruterbang dan keluarga secara peribadi. Dia terlalu banyak pengalaman dan tak lokek ilmu.

7. Kita hanya akan dapat mengawal keadaan bila kita ada hubungan nyata dengan pesawat. Tapi benda itu telah ‘mati’. Inilah dia fenomena. Telah berlaku hijab antara alam nyata dan alam ghaib. Melampaui teknologi manusia. Disebalik alam ghaib, ada cara dia. Kita perlu usaha untuk hubungkan alam nyata dan ghaib. Kembali kepada Allah swt yang mempunyai kunci kepada segalanya.

8. Atas apa yang kita dapat daripada manfaat sains, kita terlalu yakin dan selesa. Sampai kita lupa kepada Pencipta sains.

9. Kudrat Allah bersama dgn org beriman dan yakin dgn janji Allah. Allah swt bantu orang yang yakin dengan Dia. Jangan hanya yakin dimulut tapi dihati.

10. Kembalilah kepada Pencipta dengan penuh rasa rendah diri.

Tags: #doakanmh370#prayformh370beijingberita palsu mh370biografi kapten norudinkapten norudinkehilangan mh370mas airlinesMAS MH370mh370 kuala lumpur - beijingmissing mh370norudin abd majidpenumpang mh370pesawat mh370sebarkan berita palsu mh370siapa kapten norudinVideo & Komen Berkesan Daripada Kapten Norudin Abd Majid
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Opie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Opie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Opie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.