Penyanyi dan produser yang popular dengan lagu ‘Happy’ iaitu Pharrell Williams kini berkolaborasi dengan jenama pakaian UNIQLO dan beliau bertindak sebagai kolaborator dan jurucakap bagi koleksi pakaian musim bunga/panas UT 2014 !
Meraikan ulangtahun ke 12 UT ( UNIQLO T -shirt ), jenama itu menawarkan cetakan gaya pop. Di bawah arahan dari ikon fesyen jalanan yangbaru-baru ini dilantik sebagai Pengarah UT Kreatif, Nigo ,koleksi musim bunga dan panas Uniqlo mempunyai kira-kira 30 tema dengan pelbagai warna dan corak untuk lelaki, wanita, dan anak-anak . Koleksi ini yang dikeluarkan secara beransur-ansur ini akan berkolaborasi dengan Sanrio , Coca- Cola dan Disney Project yang kini sedia ada di kedai-kedai UNIQLO.
Sebagai sebahagian daripada koleksi UT terbaru , UNIQLO akan melancarkan baju dengan kerjasama Pharrell Williams iaitu koleksi kreatif ” i am OTHER”. Produk termasuk t-shirt dan topi lelaki dan wanita yang boleh didapati di Malaysia bermula awal bulan Mei. Di samping itu , iklan komersial baru untuk UT akan dikeluarkan dan menampilkan sebuah lagu dari album baru Pharrell yang bertajuk , ” GIRL “. Iklan komersil, dan video temu bual eksklusif , boleh didapati di laman web UNIQLO ( www.uniqlo.com.my ) bermula dari April 2014.