Terlalu banyak spekulasi yang berlaku berikutan kehilangan pesawat MH370 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu dan mendarat jam 6.30 pagi hari yang sama. Walaubagaimanapun, hilang 40 minit selepas awal penerbangan.
Semua masjid di seluruh negara digalakkan mengadakan solat sunat hajat untuk mendoakan agar pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal pagi Sabtu itu dijumpai. Sememangnya kehilangan MH370 sehingga ke hari ini, masa dan saat ini menjadi tanda tanya bukan sahaja rakyat Malaysia malah serata dunia. Justeru itu, memohon petunjuk Ilahi adalah salah satu usaha agar misi pencarian MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu dipermudahkan. Tidak perlu pelbagai spekulasi, cukup dengan berdoa minta petunjuk dari-NYA kerana dia lebih mengetahui.
Sehubungan dengan itu, solat sunat hajat berjemaah dari beberapa daerah dan institusi dilihat telah mula diadakan bermula malam semalam.
Antara kawasan dan institusi yang menganjurkan solat hajat bermula 9 Mac dan berkemungkinan diteruskan:
- Kampus Sultan Azlan Shah, Masjid Sultan Azlan Shah
- Dewan Ulamak PAS Pusat, Taman Melawar
- Masjid At Taqwa TTDI
- UiTM Kuala Terengganu, Surau Destini Ar-Raudhah
- Masjid Kampung Gaung, Kuala Berang, Terengganu
- Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM), Surau As-Syahadah
- Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri
- Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching, Sarawak
- SMK Dato’ Perdana, Bachok, Kelantan
- Kolej Dato’ No
- International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak
- Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam.
- Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara, Selangor
- Langkawi
- Uitm Arau, Perlis
- Surau Kolej-Kolej Kediaman Unimap, Perlis
- Masjid Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Perak
- Politeknik Kota Bharu, Kelantan
Bukan sahaja orang Islam, penganut agama lain di negara ini turut digalakkan mendoakan keselamatan penumpang-penumpang yang terlibat. Dimohon agar setiap insan terus berdoa tanpa mengira waktu sekalipun.