Bosan dan tertekan didesak persoalan masyarakat sebab dia masih belum berkahwin, seorang wanita nekad menghabiskan masa selama 14 tahun merakamkan potret keluarga dengan anak dan suami patung manekinnya.
Suzanne Heintz, seorang pengarah seni di Starz Entertainment Group, Englewood, telah mengembara sejauh 10,000 mengelilingi dunia telah merakamkan “gambar keluarga bahagianya” di pelbagai lokasi termasuk tempat tersohor di Paris telah menamakan projek bersiri tersebut sebagai “Life Once Removed” dan menyifatkan projek tersebut adalah tentang “spinsterhood, and the American way (kehidupan seorang andartu dan cara orang Amerika).
Heintz juga turut berkongsi pendapat dan pengalamannya tentang pandangan skeptikal masyarakat terhadap wanita telah berusia yang belum berkahwin sepertinya.
“Orang asyik bertanya soalan seperti, ‘Kamu adalah gadis yang baik, kenapa kamu masih belum berkahwin? ‘ Secara tidak sedar, mereka sebenarnya telah menggelar saya sebagai seorang andartu dan saya sudah bosan mendengarnya.”
Ibu saya juga berkata kepada saya ” Suzy, tidak ada orang yang sempurna di luar sana, kamu perlu pilih PILIH seseorang jika kamu mahu berkahwin. Saya kemudiannya menjawab, “Ibu, saya bukannya boleh keluar dan pergi BELI sebuah keluarga ! Saya tak boleh buat ia berlaku !
Namun kemudiannya saya sedar sebenarnya sebuah keluarga memang boleh dibeli, dan saya telah pun membelinya, mereka adalah patung menekin.
Heintz pada mulanya hanya mengambil kawasan dalam rumah sebagai lokasi pengambaran namun kemudiannya beralih kepada tempat yang lebih terbuka dan boleh dilihat umum. Objektif sebenar Heintz dalam menjayakan projek ini adalah untuk mengubah minda masyarakat tentang pandangan hidup tradisional menerusi humor dan mesej yang cuba disampaikan.
Pengarah seni itu juga berkata bahawa terma ” sempurna” tidak lagi sesuai digunakan dalam mencapai agenda kehidupan, terma “memenuhi” lebih sesuai.
Menurut Heintz , kriteria “memenuhi” tersebut termasuklah, Pendidikan, Kerjaya, Rumah, Keluarga, Pencapaian, Kesedaran. Jika kita tidak memenuhi salah satu daripada kriteria itu, seolah-olah seperti ada yang tidak kena pada kita di mata masyarakat. Hakikatnya, kehidupan setiap orang tidak sama dan masyarakat sepatutnya berhenti dari terus membuat ekspetasi tentang kehidupan seseorang.Heintz juga turut meluahkan harapan supaya masyarakat berhenti bergantung kepada ekspetasi tradisonal dan membuka minda mereka.Jika kita tidak memenuhi salah satu aspek yang “ditentukan masyarakat” tidak bermakna kita tidak dikira sebagai seorang yang berjaya dan ” normal” . Kehidupan penuh dengan misteri, keajaiban dan perkara di luar jangkaan kita juga sering berlaku.