Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Buku Komik ‘Ultraman The Ultra Power’ Diharamkan

by IamLisa
March 7, 2014
Gambar:hothdwallpaper.net

Gambar:hothdwallpaper.net

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
Gambar:hothdwallpaper.net
Gambar:hothdwallpaper.net

Buku komik kesukaan ramai akan diharamkan kerana ada unsur memudaratkan pembaca. Munurut Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku komik ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Menurut Facebook seorang Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abdul Rahman, di dalam buku itu tertera kata-kata bahawa watak Ultraman King itu terlalu dihormati sebagai ‘Allah’ dan ia jelas mampu menggugat akidah.

“Ultraman King Adalah Ultra yang paling berkuasa dalam alam semesta di Papar garis Universe. Beliau adalah yang tertua Ultra, purba sebelum setiap Ultra lain yang diketahui dilahirkan. Dalam tahun 2006, filem Monster Mega Battler, Ultra Galaxy Legend The Movie, beliau dianggap sebagai, dan dihormati ‘Allah’ atau Elder semua wira Ultra,” menurut tulisan dalam bahagaian buku yang mencetus kontroversi.

Gambar:http://cdn02.mynewshub.my
Gambar:http://cdn02.mynewshub.my

Selain itu, terjemahan terbitan Resign Publications yang dicetak oleh Network Printers ini begitu lemah kualiti Bahasa Melayunya kerana ia mungkin diterjemah oleh seseorang berbangsa lain ataupun hanya menggunakan aplikasi penterjemahan.

Dr Zaharuddin bersetuju dengan tindakan KDN yang mengambil langkah menghentikan penerbitan buku berkenaan.

“Buku itu diharamkan KDN disebabkan ayat-ayat, seluruh cerita dalam buku tersebut dan idea sebagaimana di dalam gambar. Jika benar ia disengajakan dan begitu ceritanya, saya bersetuju dengan pengharaman walaupun mungkin tidak popular dan dilucukan oleh orang ramai. Jika tidak sengaja, mungkin boleh ditarik balik sahaja,” kata beliau dalam Facebooknya. – via

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. -BERNAMA

Gambar:says.com
Gambar:says.com

 

Tags: buku komikbuku komik ultramanbuku komik ultraman kena bankomik jepun ultramankomik ultramanpenerbitan buku komik ultraman diharamkanultraman
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.