Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

(Terkini) Perbicaraan Azizul dan Shalwati : “Dia histeria, jadi saya memukulnya …… – Shalwati

by Wanista Newsdesk
March 6, 2014
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

azizul dan salwati

Selepas mendengar keterangan daripada Azizul  Raheem Awalludin, kini tiba giliran ibu kepada empat anak-anak yang didakwa didera di Sweeden , Shalwati Nurshal pula memberi keterangan. Shalwati bagaimanapun mengaku di mahkamah bahawa dia, pada suatu ketika telah memukul anak sulungnya, Ammar yang mengamuk seperti tidak sedarkan diri.

Shalwati Nurshal menjelaskan pada hari dia memukul Ammar, Ammar berada dalam  ‘angin tidak baik’ selepas bergaduh dengan kakaknya, Aishah dan dia telah bertindak menyebelahi Aishah

Dia menceritakan kejadian itu selepas pendakwa raya Anna Arnell bertanya tentang Shalwati yang telah memukul Ammar kerana menonton Youtube daripada melakukan kerja rumah bahasa Perancisnya.

Ah, kejadian inilah yang yang membawa kita ke sini,” kata Shalwati, sambil menambah “peristiwa itu yang menyebabkan kami ditahan di dalam sel.”

“Ammar telah bergaduh dengan kakaknya, jadi saya memberitahu dia supaya mengambil wuduk (air sembahyang) kerana orang Islam percaya ia boleh membantu membuatkan seseorang itu bertenang,” katanya kepada mahkamah daerah Solna, Rabu.

Walau bagaimanapun, apabila Ammar pergi ke bilik air dia mula mengamuk dan menunjukkan kemarahan meluap-luap dengan menghentak-hentakkan dan membaling barang-barang.

“Dia histeria, jadi saya memukulnya di bahu dan memberitahunya supaya berhenti,” kata Shalwati.

Apabila ditanya sama ada pukulan itu telah menyakitkan Ammar, Shalwati berkata anak lelakinya itu itu seolah-olah lebih kepada ‘terkejut’ berbanding ‘cedera’.

“Selepas melihat video kawan-kawannya yang menerangkan apa yang mereka dengar dari Ammar, saya fikir Ammar telah mencari peluang untuk akhirnya memberitahu kawan-kawannya bahawa ibunya telah memukulnya,” kata Shalwati, seolah-olah kecewa.

Ammar  disifatkan Shalwati sebagai seorang yang suka mencuri perhatian dan membesar-membesarkan cerita selain dianggap sebagai ‘raja drama’ dalam keluarganya. Selain itu, Ammar gemar melakukan sesuatu dengan cepat sehinggakan kadangkala melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya seperti ketika menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.

Walaubagaimanapun Shalwati menafikan semua tuduhan yang lain.

Insiden 1

Dalam cerita Ammar sebelum ini, dia memberitahu pihak penyiasat bahawa ibunya mendisiplinkan dia dengan tali pinggang di dalam bilik air.

Penerangan Shalwati

Shalwati memberitahu mahkamah hal sebenar bahawa aktiviti mencuci bilik air biasanya berlaku dengan gembira ‘merry and chatty’ di mana kesemua ahli keluarga akan bekerjasama melakukannya. Oleh yang demikian, tidak mungkin ada ruang untuk Shalwati menggunakan tali pinggang bagi mendisiplinkan Ammar dalam ruang yang sempit itu. Shalwati turut memberi contoh keterangan Ammar yang mungkin berimaginasi kesan menonton filem

Insiden 2

Ammar mendakwa dia dipukul kerana menumpahkan air teh panas ketika hendak menikmati hidangan.

Penerangan Shalwati

Shalwati bagaimanapun menafikan dengan mengatakan mereka sekeluarga tidak minum minuman panas pada masa tersebut dan menyatakan ia mungkin fakta yang dibesar-besarkan oleh anak lelaki sulungnya itu.

Insiden 3

Melibatkan Ammar apabila anak keduanya itu gemar melompat masuk ke dalam kolam renang yang berada di dalam kawasan rumah mereka sewaktu tinggal di Afrika Selatan.

Penerangan Shalwati

Perlakuan Ammar itu turut diikuti adik-adiknya yang lain menyebabkan Shalwati memberikan pukulan ringan di tangan Ammar bagi memberi pengajaran dan peringatan agar tidak melakukan aksi berbahaya seperti itu. Bagaimanapun, Shalwati menyatakan tidak memukul anak-anaknya yang lain kerana mereka masih kecil dan tidak memahami akibat daripada perbuatan itu.

Insiden 4

Ammar dikatakan dipukul sewaktu sedang menyiapkan kerja sekolah. Shalwati dikatakan telah ‘menarik telinga Ammar sehingga tangannya terketar-ketar‘ kerana kerja rumah Matematik

Penerangan Shalwati

Shalwati bagaimanapun menafikannya dan menerangkan bahawa dia sedang cuba membantu Ammar menyiapkan kerja sekolahnya itu setelah dipinta. Shalwati memberitahu itu merupakan kali pertama dia membantu Ammar melakukan kerja sekolah memandangkan sebelum ini tidak pernah diminta berbuat demikian selain banyak menumpukan kepada kerja sekolah Adam dan Arif yang masih kecil.

Shalwati menafikan ada memukul atau memulas telinga Ammar sebaliknya berusaha memberikan penerangan yang betul kepada Ammar termasuk dengan meminta bantuan suaminya, Azizul.’ Ia satu lagi perkara yang diada-adakan’ sebelum menjelaskan bahawa dia gembira dapat mengajar anaknya itu Matematik kerana Ammar jarang-jarang meminta bantuan.

Perbicaraan bersambung 10 Mac ini.

Sumber : 1,2,3

 

Tags: ( Pasangan Malaysia di Sweeden) " Ia adalah rahsia . Ianya memalukan."- Aishah(Terkini) Perbicaraan Azizul dan Shalwati : "Dia histeriaA Malaysian couple is reported to be detained in Sweden for disciplining their son who did not perform his prayersAzizul Shalwati didakwa di Swedendera anakdera anak solatdera anak tak solatibu bapa pukul anak swedenibu bapa swedenibubapa swedenisu sweden malaysiajadi saya memukulnya ...... - Shalwatikes dera anak di sweedenmalaysian couple swedenmalaysian swedenPasangan Ibu Bapa Di Sweden Didakwa Memukul Anak Sejak September 2010pasangan malaysia de sweedenpasangan malaysia pukul anakpasangan malaysia sweedenPerbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : Warkah Maaf Dari AmmarPerbicaraan Pasangan Malaysia Di Sweden : Warkah Maaf Dari Ammarpukul anakpukul anak swedenpukul anak tidak solatsuami isteri sweden malaysiaSuami Isteri Warga Malaysia Ditahan Kerana Disiplinkan Anak Tidak Bersolat Di Swedenswedensweeden
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.