Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

8 Tips Melancong Secara Solo

by Wanista Newsdesk
March 3, 2014
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

1. Buat kajian terlebih dahulu tentang destinasi yang ingin dituju

Alaf ini, semuanya berada di hujung jari anda. Google saja maklumat tentang destinasi yang menjadi pilihan anda. Maklumat yang anda peroleh daripada laman web rasmi pelancongan mungkin mengandungi info yang “baik-baik” sahaja. Jadi apakata anda layari juga laman web berbentuk forum jadi anda boleh lihat dan nilaikan sendiri pendapat dan pengalaman orang yang pernah melancong ke sana sebelum ini. Jangan lupa baca komen dan review juga.

2. Pack smart

Melancong berseorangan bermaksud anda perlu memastikan barangan yang dibawa adalah lengkap. Jika anda melancong berteman, anda mungkin boleh meminjam barangan yang anda tertinggal untuk bawa dengan teman anda. Jadi, buat checklist, dan periksa betul-betul untuk memastikan anda tidak tertinggal peralatan atau barangan penting. Tempatkan wang tunai dan kad kredit anda di dua tempat yang berasingan, andaikata anda terhilang salah satu, anda masih punya back up.

3. Belajar untuk suka bersendirian

Kebanyakan orang mempunyai rasa takut untuk berseorangan, apatah lagi ketika bercuti atau melancong. Majoriti juga berpendapat yang bercuti seorang diri akan menjadi moment  yang membosankan dalam hidup. Hakikatnya,dengan pergi bercuti seorang diri, anda boleh menentukan ke mana anda ingin pergi dan aktiviti yang anda ingin lakukan tanpa perlu memikirkan pendapat dan keselesaan orang lain. Dengan memasang fikiran seperti ini, tentu anda lebih menikmati percutian anda.

4. Jaga keselamatan diri

Ini adalah faktor utama yang menjadi kebimbangan setiap individu jika ingin pergi melancong seorang diri.Walaubagaimanapun, pertama sekali, berhenti jadi paranoid. Anda perlu realistik dengan bahaya yang mungkin dihadapi. Ambil langkah keselamatan seperti jangan memakai barangan kemas. Jangan ” tayang”kan barangan bernilai anda seperti wang tunai yang banyak di tempat umum. Seperti juga menjaga keselamatan di tempat sendiri, jangan ambil risiko dengan pergi ke lorong belakang bangunan dan sebagainya.

5. Cari kawan baru

Pergi ke tempat yang baru juga memberi anda peluang untuk membuat kawan baru. Mungkin dengan berbaik-baik dengan penduduk tempatan akan membuka ruang untuk anda lebih lagi mengetahui tentang destinasi pelancongan anda.Memilih penginapan seperti homestay juga adalah satu idea yang baik. Selalunya status pelancong tentunya akan memberi alasan anda akan dilayan lebih istimewa daripada selalu dan, oh ya anda melancong seorang diri tanpa teman, bermakna tanpa pesaing juga.

6. Kekal berhubung

Walaupun anda melancong berseorangan, pastikan anda sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Selain boleh melepaskan rindu, kekal berhubung dengan mereka adalah penting untuk memastikan mereka tahu tentang perkembangan dan keselamatan diri anda. Anda juga perlu ambil tahu tentang berita semasa seperti krisis di negara/ negeri anda

7. Jaga cara pemakaian anda

Jangan memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang terhadap anda . Untuk wanita ,elakkan berpakaian terlalu seksi dan mendedahkan. Pemakaian minyak wangi juga boleh dikurangkan semasa keadaan ini. Secara ringkas ,apa sahaja yang tidak perlu tetapi boleh menarik perhatian orang atau mengundang bahaya.

8. Rancang perjalanan 

Rancang perjalanan anda dengan baik. Pastikan anda sampai ke destinasi pada waktu siang. Waktu siang lebih cerah dan selamat untuk anda memulakan perjalanan nanti. Selain itu, anda juga tidak membazir masa dan wang , jika anda sampai pada waktu malam, pertama aktiviti anda nanti sudah terbatas dan anda juga perlu bayar untuk penginapan hotel anda nanti.

Sumber : 1, 2,3

Tags: 8 Tips Melancong Secara SolobercutiMelancongTips bercuti seorang diriTips Melancong Seorang DiriTips Melancong Tanpa Temantravel
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Booking
Kembara

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

by Sofie Azizlan
December 29, 2021
0

Penulis percaya bila lama sangat tunggu penerbangan yang ditangguhkan atau penerbangan pagi, ramai yang akan menghabiskan masanya di lapangan terbang....

Baca Lagi
Foto - Barbiestaycation.com.
Kembara

Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan

by IamLisa
December 14, 2021
0

Ada bilik bertemakan Barbie di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur?! Berita baik kepada peminat Barbie, Grand Hyatt Kuala Lumpur telah...

Baca Lagi
Foto - @
greenlab_seoulforest (Instagram)
Kembara

Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung

by Sofie Azizlan
December 10, 2021
0

Bila pergi ke kafe sendirian dengan tujuan untuk me-time, pasti akan ada yang memandang seolah-olah kamu seorang yang 'menyedihkan' dan...

Baca Lagi
Kembara

Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit

by Sofie Azizlan
December 1, 2021
0

Team Wanista nak kongsi satu berita gembira! Kamu nak rasai pengalaman berada dalam rumah seperti The Hobbit seperti filem "Lord...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.