Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

Kronologi Kemelut Sharnaaz, Lisdawati dan Fauzi Nawawi

by Wanista Newsdesk
February 28, 2014
1k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

kemelut sharnaaz,lisdawati, fauzi

Kontoversi pertelingkahan antara pelakon Sharnaaz Ahmad, Lisdawati dan Fauzi Nawawi nampaknya semakin panas dan tidak menemui jalan penyelesaian. Perkara tersebut khabarnya berpunca apabila Lisdawati mendakwa dirinya ditengking oleh Sharnaaz tanpa sebab dan situasi menjadi bertambah rumit dengan campur tangan suami kepada aktres berkenaan.

Menurut laporan, Fauzi kemudiannya bertindak menghubungi Sharnaaz melalui SMS untuk berjumpa pelakon berkenaan.Fauzi juga mahukan Sharnaaz memohon maaf kepada isterinya yang sedang hamil lima bulan.

Kenyataan dari Sharnaaz 

Dari pihak Sharnaaz, berdasarkan video Harian Metro (My Metro TV) yang dimuat naik di Youtube, Sharnaaz mengakui yang dia memang ada  tertengking Lisdawati ketika pengambaran drama Bukan Aku Tak Cinta dengan perkataan ” Diamlah kakak !” . Sharnaaz kemudiannya menjelaskan yang dia bertindak demikian kerana Lisdawati mempersendakannya dan menggelarnya “pondan” ketika berlangsungnya satu babak dalam drama berkenaan.

Yang menjadikan kemarahan di pihak Sharnaaz adalah bahasa SMS yang digunakan Fauzi yang dihantar kepadanya untuk mengajaknya berjumpa. Antara dakwaan Sharnaaz adalah Fauzi menggelarnya “anjing kurap” dan memburukkan nama baik keluarganya.

Sharnaaz juga menjelaskan tentang selaran “bahasa gangster” (gua-lu ) yang digunakan kepada Fauzi, dakwa Sharnaaz, Fauzi yang memulakan dahulu dan beliau hanya menggunakan bahasa yang sama sebagai balasan.

Gua nak jumpa lu !!! Poji  .Lu jawab atau tak jawab call gua tetap nak jumpa lu . ( Ayat SMS yang digunakan Fauzi )

IKLAN

Di penghujung temubual dalam video tersebut, Sharnaaz juga menyatakan kesediaannya untuk memohon maaf kepada Lisdawati dan Fauzi dengan syarat kedua-duanya meminta maaf secara peribadi kepada ibu dan keluarganya.

Kenyataan dari Fauzi Nawawi

Daripada pihak Fauzi pula, Fauzi menjelaskan nada SMS yang dihantar beliau sebenarnya tidak berbaur ugutan seperti yang didakwa Sharnaaz. Menurut Fauzi tujuan asal dia menghantar SMS tersebut hanya untuk bertanya kenapa dia menengki isterinya (Lisdawati).

Fauzi turut mendakwa dia dan isterinya berada di pihak yang benar dan dia tetap akan mempertahankan isterinya. Dia dan isterinya sudah bersedia untuk mendedahkan bukti berkaitan jika Sharnaaz mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Menjawab tuduhan Fauzi menghina keluarga Sharnaaz, ini jawapan Fauzi. Fauzi menolak sekeras-kerasnya  yang dia menghina keluarga Sharnaaz.

“Saya cuma bertanya pada Sharnaaz ,  Macam mana pulak kalu gua tengking mak lu? Apa dia rasa? Kalau ..saya kata kalau” Kata Fauzi dia cuma memberi Sharnaaz contoh dan membuat perumpamaan kerana Sharnaaz belum beristeri  dan orang terapat dengan dia tentunya ibu.

” Takkan saya nak cakap , kalau gua  tengking bini lu macam mana. Dia belum beristeri. “

Fauzi juga bertegas tidak akan memohon maaf kepada Sharnaaz. Fauzi di mengakhiri temubual tersebut dengan berkata yang beliau sedia memaafkan perbuatan Sharnaaz menengking Lisda namun tidak akan menarik laporan tentang kandungan Lisda yang mungkin terjejas akibat perbuatan Sharnaaz.

Sumber dan kredit video : Harian Metro (My Metro TV )

Tags: fauzi nawawikontroversi sharnaaz dan fauzi nawawiKronologi Kemelut SharnaazlisdawatiLisdawati dan Fauzi NawawiLisdawati dan Fauzi Nawawi bergaduhpergaduhan lisdawati dan sharnaaz ahmadsharnaazsharnaaz ahmassharnaaz dan lisdawati
Share411SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

January 6, 2022
Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

January 5, 2022
‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior
Hiburan

‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior

January 3, 2022
Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri
Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

January 3, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.