Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

10 Kawasan Tanah Tinggi Terbaik di Malaysia Untuk Percutian Anda

by Wanista Newsdesk
February 26, 2014
11.7k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kawasan tanah tinggi adalah destinasi yang tepat dan sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri sebentar dari cuaca terik panas. Suasana dingin, nyaman dan menenangkan tentu mampu menghilangkan tekanan anda, ditambah pula dengan suasana hijau saujana mata memandang. Selain itu, pusat peranginan seperti ini juga sesuai untuk mereka yang meminati aktiviti pendakian dan berkhemahan selain sesuai dijadikan destinasi bersantai seisi keluarga. Di sini, Wanista senaraikan antara 10 pusat peranginan tanah tinggi terbaik di Malaysia.

1. Cameron Highland

 “Little England” Malaysia ini adalah pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas, Anda juga boleh   menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor.

Bukit-Tingg
Kredit Gambar : www.tripa2.dvisor.com

2. Bukit Tinggi

Tiga tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale yang dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis, Japanese Tea House & Botanical Garden dan Animal Park.

bukit fraser
Sumber : www.tripadvisor.com

3. Bukit Fraser

Menawarkan aktiviti rekreasi seperti Allan’s Water di mana pengunjung boleh mendayung bot merentasi tasik keruh, sementara Paddock pula menawarkan aktiviti menunggang kuda dan memanah. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.

tanah tinggi menarik di malaysia bukit larut
Kredit www.taipingtalk.com

4. Bukit Larut

Terletak di Taiping, Perak lokasi ini juga dikenali sebagai Bukit Maxwell, bersempena nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, William Edward Maxwell. Untuk yang meminati aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle tracking di sini sambil menikmati kehijauan alam.

tanah tinggi menarik di malaysia bukit bendera
Gambar : en.wikipedia.org

5. Bukit Bendera

Bukit Bendera terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia. Bukit ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Georgetown. Berketinggian 830 meter dan bersuhu  lebih sejuk berbanding bandar di bawahnya. Ia dikatakan lebih kurang 3 darjah lebih sejuk berbanding tempat-tempat yang berhampiran dengan pantai.

BACA:  Airbnb Lancar Percutian Musim Panas 2022, Jangan Lepaskan Peluang!
tanah tinggi menarik di malaysia kundansang
www.tripadvisor.com

6. Kundansang

Kundasang War Memorial adalah tarikan yang selalu disebut-sebut di sini. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu, 12 kilometer dari pekan Ranau dan terkenal dengan  pasar sayur-sayuran yang dibuka dibuka tujuh hari seminggu.

tanah tinggi menarik di malaysia gunung ledangjpg

7. Gunung Ledang

Bagi yang meminati aktiviti lasak, gunung ini  sesuai untuk anda menjalani pelbagai aktiviti luar dengan laluan gunung yang  mencabar, air terjun berais dan flora dan fauna eksotik, termasuk pelbagai spesies burung. Puncak gunung ini berada pada  1,276 m di atas paras laut, anda juga berpeuang melihat pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pantai Sumatera pada hari yang cerah. Juga, Air Terjun Sagil adalah tempat perkelahan yang popular di kaki gunung itu.

tanah tinggi menarik di malaysia gunung kinabalu
www.tripadvisor.com

8. Gunung Kinabalu

Mempunyai ketinggian 13,435 kaki , Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan kemuncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara. Mendaki gunung ini juga adalah satu aktiviti yang mencabar dan memerlukan latihan mental dan fizikal yang rapi.

tanah tinggi menarik di malaysia broga
Sumber gambar : http://www.timeoutkl.com/

9. Broga Hill/ Bukit Lalang

Broga Hill terletak di Broga, Semenyih iaitu kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Kebanyakan pengunjung lebih suka sama datang waktu pagi atau petang untuk mengelakkan matahari panas dan juga menikmati pemandangan terbaik Broga Hill.

tanah tinggi menarik di malaysia gunung jerai
Sumber gambar : www.tripadvisor.com.my

10. Gunung Jerai

Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Kedudukan Gunung Jerai yang berhampiran dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang mempesonakan. Lebih menarik, dari puncak gunung, anda boleh melihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas.

Sumber :  1,2,3,4,5

FILED UNDER 10 Tanah Tinggi Terbaik di Malaysia Untuk Percutian Andabercutibercuti dalam malaysiaBercuti Di Tanah Tinggibroga hillbukit benderabukit fraserbukit larutbukit tinggiCameron Highlandgunung jeraigunung kinabalukundansangMalaysia Truly AsiaMelancongTanah Tinggi di Malaysiatempat menarik di malaysiatempat pelancongan di malaysiatempat percutian menarik di malatravelVisit Malaysia Year 2014VMY2014
Share4686SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.