Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ TERKINI ] Perbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : “Ia adalah rahsia dan memalukan” – Aishah

by Wanista Newsdesk
February 26, 2014
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

ibubapa-sweden-malaysia

Berikutan perbicaraan  pasangan Sweeden di Malaysia, Shalwati dan Azizul atas kesalahan pencabulan integriti kanak-kanak secara kasar, anak sulung pasangan tersebut Aishah, turut  dipangggil untuk memberikan kenyataan dalam wawancara susulan yang telah dirakam . Rakaman tersebut ditunjukkan di dalam mahkamah daerah Solna, Sweden.

Sebelum ini,anak kedua pasangan terbabit, Ammar, 12 tahun, telah memberi keterangan dan memberi surat permohonan maaf kepada kedua orang tuanya ( [ TERKINI ] Perbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : Warkah Maaf Dari Ammar ) :

“Mummy, I am sorry. It was my anger that started this. I will always love you and  nothing will change that.” He ended with PS I will always love  you.” – Ammar ( anak kedua pasangan itu )

” Ibu , saya minta maaf . Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku.  Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “

Pada minggu lepas, pegawai penyiasat menemubual Arif iaitu anak bongsu pasangan ini yang berumur 7 tahun dan telah mengambil beberapa barang dari sebuah beg yang ditemui dalam rumah pasangan tersebut.

Dia meminta Arif menunjukkan objek yang digunakan untuk memukulnya dan Arif telah mengenalpasti dua objek yang digunaka oleh ibubapanya untuk memukul iaitu rotan panjang, penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani  ( kayu yang berikat )  untuk memukul anak mereka.

rotan

Selain itu, melalui video kedua yang dipertontonkan memaparkan anak kedua mereka, Ammar, 12 tahun, yang memberitahu dia telah dipukul dengan penyangkut baju kerana mendengar muzik yang terlalu kuat ketika membuat kerja rumah.

Walaubagaimanapun kali ini,  Aishah, 14 tahun, memberi testimoni yang tidak pasti dan samar-samar .Aishah berulang kali berkata yang dia telah lupa dan tidak pasti tentang butiran peristiwa yang telah mengjangkau dua tahun lepas. Aishah juga berkata yang dia tidak ingat apabila diminta mengimbas kejadian dipukul ibu bapanya kerana ia “sudah lama” terjadi.

Aishah turut menyatakan yang dia tidak berasa selesa untuk memberitahu tentang perkara tersebut.

“Bagi saya, ia adalah rahsia . Ianya memalukan. Adalah lebih baik untuk tidak bercakap kepada sesiapa,” kata Aishah.

“Saya rasa perkara tidak baik yang memberitahu ibu tidak tahu kira-kira, ” dia menjawab, apabila ditanya bagaimana dia merasakan bercakap kepada pihak polis.

“Saya mempunyai ingatan yang lemah. Saya mudah terlupa sesuatu perkara, “

Disebabkan jawapan yang kabur ,  pihak polis kemudiannya bertanya soalan yang sama kepada Aishah, namun Aishah memberi jawapan, “Mengapa saya perlu katakannya lagi?”

Aishah turut membuat pengakuan yang  ibunya Shalwati sering memberi amaran kepada anak-anak mereka menggunakan penyangkut baju apabila mereka tidak mengikut arahan.

“Dia (ibu) memberi amaran dengan menakut-nakutkan kami. Saya sudah biasa dengan perkara itu , jadi saya tidak berasa takut dan hanya melakukan apa yang dia beritahu saya untuk buat,” kata Aishah.

Namun Aishah menolak untuk memberitahu sebarang insiden yang melibatkan bapanya dengan memberi alasan terlupa.

“Saya benar-benar terlupa mengenainya.” kata Aishah.

Perbicaraan kes tersebut akan disambung semula 28 Februari ini.

Sumber : www.mstar.com.my

Tags: ( Pasangan Malaysia di Sweeden) " Ia adalah rahsia . Ianya memalukan."- AishahA Malaysian couple is reported to be detained in Sweden for disciplining their son who did not perform his prayersAzizul Shalwati didakwa di Swedendera anakdera anak solatdera anak tak solatibu bapa pukul anak swedenibu bapa swedenibubapa swedenisu sweden malaysiakes dera anak di sweedenmalaysian couple swedenmalaysian swedenPasangan Ibu Bapa Di Sweden Didakwa Memukul Anak Sejak September 2010pasangan malaysia de sweedenPerbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : Warkah Maaf Dari AmmarPerbicaraan Pasangan Malaysia Di Sweden : Warkah Maaf Dari Ammarpukul anakpukul anak swedenpukul anak tidak solatsuami isteri sweden malaysiaSuami Isteri Warga Malaysia Ditahan Kerana Disiplinkan Anak Tidak Bersolat Di Swedensweden
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.